Oleh : Ain Nadhirah Basha
Foto : Radin Mohd Norhilmi
KUANTAN, 08 FEBRUARI 2024 : Kerajaan Negeri Pahang sentiasa menggalakkan semua masjid di negeri ini diimarahkan sepenuhnya dengan sambutan keagamaan.
Exco Hal Ehwal Agama Islam, Kemajuan Desa Dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata Kerajaan Negeri juga turut menyalurkan sumbangan sebanyak RM10,000 kepada 690 buah masjid sebagai tanda sokongan.
“Kita dah buat empat tahun berturut-turut Sambutan Israk Mikraj di negeri ini. Tahun lepas kita buat di Rompin dan tahun ini kita buat di Kuantan.
“Setiap kali kebesaran Islam, kita akan adakan sambutan dqn akan adakan ceramah di masjid-masjid sama ada di peringkat negeri, daerah, mahupun kariah. Kerajaan Negeri sentiasa menggalakkan.
“Dan baru-baru ini YAB Menteri Besar Pahang menyumbang sebanyak 690 buah masjid diberikan sedikit suntikan tanda sokongan supaya masjid-masjid dapat diimarahkan dengan RM10,000,” katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Sambutan Israk Mikraj Negeri Pahang 2024 di Masjid Kampung Pandan 2.
Beliau turut menyampaikan sumbangan peruntukan khas Kerajaan Negeri sebanyak RM124,000 kepada lima program selain turut mentahnik 11 bayi dalam majlis berkenaan. -PAHANGMEDIA