Oleh : Fansurina Abdullah
KUANTAN, 9 JANUARI 2024 : Kesemua tujuh Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Daerah Maran telah ditutup sepenuhnya, hari ini.
Menurut laporan Sekretariat Jabatan Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Pahang Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang, kesemua 174 mangsa daripada 45 keluarga telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.
Ini menjadikan jumlah terkini mangsa banjir di Pahang ialah seramai 1,070 orang daripada 304 keluarga yang telah ditempatkan di 20 PPS daripada daerah Rompin dan Pekan.
Sehingga jam 4 petang tadi, seramai 693 mangsa banjir daripada 209 keluarga kini berada di 11 PPS di daerah Rompin.
Bagi daerah Pekan pula, seramai 377 mangsa daripada 95 keluarga telah dipindahkan ke sembilan PPS.
Menurut laporan itu juga, sebanyak 18 sungai di 10 daerah kini bertahan manakala Sungai Pahang di Batu Malim, Raub menunjukkan tren menurun.
Walaubagaimanapun, Sungai Pahang di Stesen Gelugor, Kuantan masih berada pada paras bahaya. – PAHANGMEDIA

