Oleh : Ain Nadhirah Basha
Foto : Farizul Hafiz Awang
ROMPIN, 06 NOVEMBER 2023 : Kerajaan Negeri Pahang menyumbangkan RM5,000 bagi menjayakan pertandingan Barber Battle peringkat Negeri Pahang.
Sumbangan ini telah disampaikan oleh Exco Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang, YB. Fadzli Mohamad Kamal kepada Encik Muhammad Izzwan Apandi di Rompin Beach Resort hari ini.
Menurut Muhammad Izzwan, pertandingan Barber Battle, Education, Hairshow, & Coffee Booth yang bakal berlansung pada bulan hadapan, pertama kali diadakan di daerah ini.
“Saya rasa betul-betul gembira dengan bantuan ini dan saya berterima kasih sangat kepada Menteri Besar Pahang, dan YB. Fadzli.
“Ini kerana telah membantu saya mendapatkan bantuan untuk mengadakan satu barber battle peringkat Negeri Pahang di Kuala Rompin buat kali pertama,” katanya.
Menurut Muhammad Izzwan, seramai 60 peserta dijangka menyertai pertandingan ini yang bakal menampilkan juri profesional daripada luar negara.
“Kita akan buat dari segi teknik fast fade, mullet, dan kita juga ada educational yang mana kami akan jemput satu professional barber di Malaysia yang akan mengajar pengunjung perkara basic sehingga professional teknik menggunting rambut.
“Kita adakan battle ini untuk meningkatkan barber berkualiti di Rompin dan Negeri Pahang ini,” katanya. -PAHANGMEDIA

