Oleh : Ain Nadhirah Basha
Foto : Putera Falliq Hakim Suhairi
BENTONG, 26 SEPTEMBER 2023 : “Kalau Barisan Nasional menang, memang kami pun senang,” itu kongsi Norhayati Lee salah seorang penduduk Orang Asli Kampung Gapoi di sini.
Norhayati, 24, berkata, banyak bantuan diberikan oleh Barisan Nasional (BN) kepada masyarakat Orang Asli melibatkan infrastruktur dan kediaman.
“Macam dulu, kalau BN menang, memang macam-macamlah (yang diterima penduduk). Macam buat baik jalan, bagi perumahan, adalah bantuan yang kami dapat. Memang kalau Barisan Nasional menang, memang kami senang,” katanya.

Dia yang ditemui turut melahirkan harapan supaya BN akan mengekalkan kemenangan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N.36 Pelangai ini.
“Harapan untuk pilihan raya kali ini, harapnya BN (Barisan Nasional) menang lagi,” katanya sambil mengulangi masyarakat Orang Asli akan turut mendapat manfaat yang banyak sekiranya Barisan Nasional memenangi pilihan raya kali ini.
Sementara itu, menurut Atan, 50-an berkata, Kerajaan BN Pahang juga telah memberi bantuan dari segi kediaman kepada masyarakat Orang Asli di Kampung Gapoi secara percuma.

“Mereka bagi rumah, mana yang tak ada rumah. Rumah tiga bilik, rumah batu. Dia bagi percuma, kalau nak bayar, (kami) tak mampu nak bayar, berapa puluh ribu (harga) tu (rumah).
“Saya harap diteruskan (bantuan rumah percuma). Kalau kemudahan lain dalam kampung, semua dah ada. Kerajaan BN pun ada bagi mesin rumput untuk kami buat kerja,” katanya.
Kampung Orang Asli Gapoi memiliki hampir 300 penduduk kampung melibatkan 90 rumah yang mana kebanyakan mereka bekerja sendiri. -PAHANGMEDIA

