KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj berkenan bergambar bersama pembentang kertas kerja pada Simposium Tekstil Tradisional ASEAN Ke-8 di Hotel Marriott Putrajaya, hari ini.

TEKSTIL DARIPADA SERAT DAUN NANAS PUNYAI POTENSI BESAR

Oleh: Zulkhairil Zainuddin
Foto: Putera Falliq Hakim Suhairi

PUTRAJAYA, 27 SEPTEMBER 2022: Industri tekstil daripada serat daun nanas punyai potensi besar untuk dikomersialkan.

Peserta Simposium Tekstil Tradisional ASEAN Ke-8 dari Belanda, Lynelle Barret berkata, industri ini sudah mula dilaksanakan oleh beberapa negara seperti Filipina, Thailand, China, Brazil, Mexico, India, Taiwan dan Kepulauan Hawaii.

KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj berkenan bergambar bersama pembentang kertas kerja pada Simposium Tekstil Tradisional ASEAN Ke-8 di Hotel Marriott Putrajaya, hari ini.

Beliau yang merupakan seorang penenun dan artisan tekstil berkata, industri ini mampu berkembang kerana negara-negara pengeluar nanas boleh menggunakan daun nanas untuk menghasilkan fabrik dimana ia boleh dikomersialkan untuk menghasilkan pelbagai rekaan menarik seperti pakaian, kasut, bag tangan dan sebagainya.

Malah kata beliau, penghasilan fabrik daripada daun nanas ini juga dapat melindungi haiwan yang diburu untuk mendapatkan kulit dan juga bulu untuk dijadikan pakaian.

KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj berkenan untuk turut serta pada Simposium Tekstil Tradisional ASEAN Ke-8 di Hotel Marriott Putrajaya, hari ini.

“Banyak negara sudah mula melihat industri ini mampu ke depan dan Filipina merupakan negara utama dalam industri tekstil berasaskan daun nanas.

“Malah Malaysia juga punyai potensi ke arah itu kerana kita dapati ada pakaian tradisional Melayu ditenun menggunakan benang daripada serat nanas. Sebagai contohnya Kain Tenun Serat Nanas Circa pada 1950an,” katanya.

Peserta dari Belanda, Lynelle Barrett yang membentangkan kertas kerja bertajuk ‘A Pineapple Odyssey’ pada Simposium Tekstil Tradisional ASEAN Ke-8 di Hotel Marriott Putrajaya, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja bertajuk ‘A Pineapple Odyssey’ pada Simposium Tekstil Tradisional ASEAN Ke-8 2022 di Hotel Marriot Putrajaya, hari ini.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj berkenan untuk turut serta dalam simposium yang berlangsung pada 25 hingga 30 September 2022.

Selain Lynelle Barret, enam lagi peserta turut membentangkan kertas kerja mereka pada simposium ini iaitu Professor Emeritus Michael Howard dari Kanada yang membentangkan kertas kerja bertajuk ‘Southeast Asian Bark Cloth: Past, Present and Future’.

Peserta dari Malaysia, John Ang membentangkan kertas kerja bertajuk New Inroads in the Study of Malay World Textiles’.

Kemudiannya Dr Kahfiati Kahdar dari Indonesia membentangkan kertas kerja bertajuk ‘Aesthetics of Lipps Bugis’.

Peserta dari India, Bina Rao dengan kertas kerja ‘Pandemic Remedies and Sustainability for Hand-made, Natural Dyes and Traditional Textiles Crafts’.

Seorang lagi peserta Indonesia, Merdi Sihombing dengan kertas kerjanya bertajuk ‘Natural Dyes: A Window into Sustainable Fashion in Wastra’, dan akhir sekali peserta dari Myanmar, Thweep Ake Rittinaphakorn dengan kertas kerjanya bertajuk ‘Myanmar Ikat Silk’.

Esok, lapan lagi peserta dari enam negara akan membentangkan kertas kerja mengenai industri tekstil negara masing-masing.-PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram