Ahli Dewan Negeri (DN) Lanchang yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Mohd. Sharkar Shamsudin bertemu dengan sebahagian penduduk Kampung Rantau Panjang yang mengadakan tunjuk perasaan berkenaan isu air di kampung berkenaan di Lancang, Temerloh hari ini.

MASALAH AIR KAMPUNG RANTAU PANJANG SELESAI DALAM DUA MINGGU

Oleh : Ain Nadhirah Basha

TEMERLOH, 21 MEI 2022 : Kerajaan Pahang memberi jaminan masalah air yang berlaku di Kampung Rantau Panjang di sini akan diselesaikan dalam tempoh dua minggu ini.

Ahli Dewan Negeri (DN) Lanchang yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Mohd. Sharkar Shamsudin berkata tempoh masa dua minggu ini diberikan bagi penyelesaian jangka pendek.

“Tadi ada tunjuk perasaan berkenaan isu ketiadaan air dan kita telah pergi berjumpa mereka dan menerangkan bahawa untuk jangka pendek beri kita masa dalam 12 hari ke dua minggu untuk PAIP (Pengurusan Air Pahang Berhad) selesaikan.

Ahli Dewan Negeri (DN) Lanchang yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Mohd. Sharkar Shamsudin bertemu dengan sebahagian penduduk Kampung Rantau Panjang yang mengadakan tunjuk perasaan berkenaan isu air di kampung berkenaan di Lancang, Temerloh hari ini.

“Mereka tak marah kepada wakil rakyat, mereka nak wakil rakyat selesaikan masalah dan kita dah minta PAIP dan jabatan-jabatan terlibat supaya mereka dapat memberikan kerjasama sepenuhnya.

“Janganlah bila PAIP beritahu nak korek (jalan), tapi JKR (Jabatan Kerja Raya) cakap tak boleh. Tak boleh. Yang paling penting kita nak selesaikan masalah rakyat,” katanya.

Beliau berkata bagi penyelesaian jangka panjang ia melibatkan pembinaan loji bekalan air baharu di Mempateh bernilai RM100 juta yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri pada 01 Januari lepas.

“Bagi jangka masa panjang, YAB Perdana Menteri telah meluluskan RM100 juta bagi membina loji baharu dan ianya memang cukup untuk bekalan air di sekitar Lanchang dan kawasan-kawasan berhampiran dengan Lanchang.

“Jadi proses itu akan mengambil masa kerana ia akan melibatkan mencari tempat, kemudian memastikan tempat yang dibina, dan ada proses yang mengambil masa mungkin setahun dua tahun,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan Geran Hakmilik Skim Tanah Rakyat (STR) Warisan dan Surat Kelulusan Tanah Kelompok (Notis 5A) kepada 203 penerima daerah ini bersama YAB Menteri Besar Pahang di Dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Lanchang.

Sementara itu, menurut satu kenyataan yang dikeluarkan melalui laman sosial Ketua Pegawai Eksekutif PAIP, YBhg. Encik Saiful Zaini Mohd Bokhari berkata pihak PAIP pihaknya sedang menyiapkan proposal berkaitan masalah air di kawasan ini.

“Pihak PAIP diberi tempoh seminggu untuk menyiapkan proposal…Ini jelas menunjukkan keperhatinan YAB Perdana Menteri dan YAB Menteri Besar yang mahu menyegerakan projek LRA (Loji Rawatan Air) ini.

“PAIP bercadang untuk menggunakan sepenuhnya peruntukan RM100 juta. Projek ini akan merangkumi LRA baru, tangki-tangki baru dan jajaran paip baru. InSyaAllah LRA baru ini adalah lebih dua kali ganda lebih besar daripada design asal memandangkan kepesatan pembangunan di sekitar kawasan Lanchang dan Mentakab.

“LRA baru ini juga akam dapat meringankan kebergantungan kepada LRA Lubuk Kawah dan LRA lain berdekatan…Untuk jangka pendek, PAIP sedang giat mengusahakan pelan jangka pendek untuk mengatasi sebanyak mungkin kawasan blackspots air seluruh Pahang amnya dan di Temerloh dan Lanchang khasnya,” katanya. -PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram