Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang, YB. Dato' Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff ketika Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Institusi Penjara Penor 2022 di Kuantan baru-baru ini.

SUMBANGAN RM20,000 UNTUK PENJARA PENOR

KUANTAN, 23 MEI 2022 : Kerajaan Pahang memberikan sumbangan sebanyak RM20,000 kepada Penjara Penor di sini untuk melaksanakan pelbagai aktiviti untuk semua warganya.

Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang, YB. Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff berkata, sumbangan itu diluluskan oleh YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail untuk Penjara Penor.

“Saya hari ini mewakili YAB Menteri Besar dan beliau meminta saya untuk menyampaikan niat hati beliau yang juga berita gembira buat semua warga Penjara Penor.

Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang, YB. Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff ketika Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Institusi Penjara Penor 2022 di Kuantan baru-baru ini.

“Beliau akan memberi sumbangan sebanyak RM20,000 yang dapat membantu urusan Penjara dalam melaksanakan pelbagai aktiviti untuk semua warganya d isini. Terima Kasih YAB Menteri Besar Pahang kita,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Institusi Penjara Penor 2022 di Kuantan baru-baru ini.

Turut hadir, Ahli Dewan Negeri Inderapura, YB Dato’ Sri Shafik Fauzan Shariff, Ketua UMNO Bahagian Kuantan, YH Dato’ Sri Hamid Mohd Nazahar, Pengarah Penjara Negeri Pahang, YH Dato’ Abu Hassan Hussain dan Pengarah Penjara Penor, Yang Berusaha Penolong Kanan Komisioner, Fayrouz Ahmad Zawawi.

Katanya lagi, sumbangan, bantuan dan perhatian terus diberikan Kerajaan BN demi memastikan institusi penjara dapat melaksanakan pelbagai aktiviti untuk warganya.

“Inilah Kerajaan BN Pahang, sebuah kerajaan yang amat stabil dan maju. Tanpa kerajaan yang stabil dan bijak mengurus ekonomi, tidak mungkin kita sebagai rakyat dapat menikmati keselesaan dan kemajuan seperti di Negeri Pahang hari ini.

“Saya yakin semua dari kita mengetahui kebenaran ini kerana jelas terbukti Kerajaan BN Pahang banyak membantu rakyat malah mampu memajukan negeri ini pada tahap yang begitu baik sekali hari ini,” katanya. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram