Pemilik chalet Teratak Malaya, Encik Wan Abdul Malik Wan Hamat (dua kiri) menceritakan tentang kejadian banjir yang berlaku di chaletnya awak pagi tadi kepada Setiausaha Politik Kepada YAB Menyeri Besar Pahang, YH Dato' Tajul Razi Abdul Aziz di Janda Baik, Bentong hari ini.

PEMILIK CHALET MOHON MAAF TUDUH KERAJAAN NEGERI SECARA MELULU

Oleh : Fairus Mohd
Foto : Putera Falliq Hakim Suhairi

BENTONG, 11 MEI 2022 : Kejadian banjir yang berlaku awal pagi tadi sememangnya mengejutkan penduduk di Kampung Janda Baik termasuk pemilik chalet pelancongan yang ada di kawasan berkenaan.

Tular di laman sosial sebuah video dirakam seorang pemilik chalet Teratak Malaya yang mendakwa kejadian banjir yang berlaku adalah disebabkan aktiviti penarahan hutan oleh kerajaan.

Ketika ditemui di chaletnya di sini, Encik Wan Abdul Malik Wan Hamat bagaimanapun mengakui rakaman tersebut dibuat secara melulu kerana terlalu terkejut dan sedih dengan keadaan chaletnya yang ditenggelami banjir sekelip mata.

Pemilik chalet Teratak Malaya, Encik Wan Abdul Malik Wan Hamat ketika ditemui memohon maaf kepada Kerajaan Negeri atas tuduhan yang dibuatnya secara melulu.

“Saya berterima kasih di atas keprihatinan Kerajaan Negeri, pihak SUK serta semua yang datang melihat keadaan kami di sini.

“Berhubung dengan video yang viral (tular) dalam keadaan kelam kabut, bangun pada pukul 5 pagi dengan air berada pada daras dada…mungkin ada term yang saya silap sebut. Sebenarnya kita dah kenal pasti punca sebenar banjir di Janda Baik ni antaranya keadaan Sungai dah sempit, cetek dan mintak Kerajaan Negeri untuk mendalamkan sungai dan menguruskan Kuala Gua, di mana Kuala Gua tempat punca air keluar dari Janda Baik ke Bentong.. air lalu bawah tanah dan menyebabkan laluan tersumbat. Saya akui kejadian ini bukanlah disebabkan pembalakan secara total dan saya sorry (maaf) lah disebabkan itu (tuduhan),” katanya.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi tadi, banjir berlaku melibatkan empat buah kampung di Janda Baik telah menyebabkan 140 buah keluarga dilanda bencana berkenaan. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram