YAB Perdana Menteri, Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob menyerahkan bantuan wang ihsan kepada mangsa banjir di daerah Temerloh pada program Misi Bantuan Keluarga Malaysia Kepada Mangsa Banjir Parlimen Temerloh Bersama YAB Perdana Menteri Malaysia di Dewan Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) Lanchang, Temerloh hari ini.

KERAJAAN LULUS PEMBINAAN LOJI AIR BERNILAI RM100 JUTA DI MEMPATEH

Oleh : Ain Nadhirah Basha
Foto : Muhammad Muslimi Abd Rahim

TEMERLOH, 01 JANUARI 2022 : Kerajaan Persekutuan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM100 juta bagi pembinaan loji bekalan air baharu di Mempateh, Lanchang.

YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub berkata pembinaan loji ini diharapkan dapat menyelesaikan masalah bekalan air di kawasan ini.

“Saya meluluskan RM100 juta untuk membina loji atau upgrade loji baharu di Mempateh ini dapat selesaikan masalah air di sini,” katanya.

YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob bersama YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail menyerahkan bantuan wang ihsan kepada mangsa banjir di daerah Temerloh pada program Misi Bantuan Keluarga Malaysia Kepada Mangsa Banjir Parlimen Temerloh Bersama YAB Perdana Menteri Malaysia di Dewan Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) Lanchang, Temerloh hari ini.

Beliau berkata demikian ketika berucap semasa Misi Bantuan Keluarga Malaysia Kepada Mangsa Banjir Parlimen Temerloh Bersama YAB Perdana Menteri Malaysia di Dewan Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) Lanchang di sini hari ini.

Hadir sama, YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali; YB. Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato’ Sri Dr Sallehuddin Ishak; Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Mohd. Sharkar Shamsudin; Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Hajah Shahaniza Shamsuddin; dan Pegawai Daerah Temerloh, YH. Dato’ Ali Syahbana Sabaruddin.

Beliau dalam ucapannya turut melahirkan rasa kagum dengan cara Kerajaan Pahang dalam pengurusan banjir yang berlaku di negeri ini.

YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob bersama YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail menyantuni mangsa banjir di daerah Temerloh pada program Misi Bantuan Keluarga Malaysia Kepada Mangsa Banjir Parlimen Temerloh Bersama YAB Perdana Menteri Malaysia di Dewan Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) Lanchang, Temerloh hari ini.

“Saya amat bersimpati dan sedih dengan kejadian yang berlaku ini tapi yang penting adalah persediaan kita menghadapi banjir.

“Di Pahang, saya kagum dengan cara pengurusannya dan saya lihat pengurusan banjir di Pahang tidak timbul masalah. Bukanlah tidak ada langsung (masalah) tetapi tak teruk,” katanya.

Tambah beliau, satu jawatakuasa khas pasukan tugas-tugas khas pasca banjir telah ditubuhkan sebagai persediaan menghadapi gelombang kedua banjir.

“Ia akan dipengerusikan oleh YB. Tan Sri KSN, dan Isnin ini akan mula mesyuarat dari segi pengagihan, wang RM1,000, termasuk juga bantuan yang saya umumkan itu nanti akan diselaraskan.

YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob

“Dan mesyuarat Isnin ini juga akan melibatkan ahli jawatankuasa terdiri daripada pelbagai kementerian dan juga akan melibatkan Kerajaan Negeri yang dijangka berlaku banjir gelombang kedua.

“Dan selepas banjir selesai kita akan adakan mesyuarat bersama jawatankuasa bencana banjir Kerajaan Pusat, untuk kenalpasti isu yang perlu diselesaikan. Kita akan panggil segera untuk kita buat perubahan-perubahan tersebut dari segi SOP banjir, dari segi perkara yang perlu kita laksanakan dan punca banjir,” katanya.

Beliau dan YAB Menteri Besar Pahang turut menyampaikan bantuan wang ihsan sebanyak RM1,500 kepada 568 penerima serta melepaskan lori 18 buah lori yang membawa bantuan Jawatankuasa Pembangunan dan Kemajuan Kampung (JPKK). -PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download