Gambar hiasan

TAHAP PEMATUHAN SOP FASA DUA PPN DI PAHANG 97 PERATUS

Oleh : Ain Nadhirah Basha

KUANTAN, 22 JULAI 2021 : Tahap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) bagi Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) di Negeri Pahang berada pada tahap 97 peratus setakat ini.

Ketua Polis Pahang, YDH CP Datuk Ramli Mohamed Yoosuf ketika dihubungi Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP) berkata, ini berdasarkan pematuhan melibatkan 11 daerah secara keseluruhannya.

Ketua Polis Pahang, YDH CP Datuk Ramli Mohamed Yoosuf

“Tahap pematuhan orang ramai di kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) setakat ini adalah sebanyak 98 peratus,” katanya.

Beliau berkata bagi tempoh 18 Julai sehingga 21 Julai, pasukan pemantau Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Pahang bersama pasukan sahabat telah membuat 6338 pemeriksaan melibatkan pelbagai lokasi.

“Sebanyak 37 kompaun telah dikeluarkan dalam tempoh tersebut kepada individu dan dua kompaun lagi dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk premis dengan nilai kompaun keseluruhannya adalah sebanyak RM 75,500,” katanya.

Beliau berkata sebanyak kira-kira 1,800 anggota daripada PDRM dan pelbagai agensi bertugas bagi Op COVID-19 di negeri ini melibatkan pelbagai penugasan.

“Bagi PDRM Pahang penugasan OP Covid-19 merangkumi penugasan Sekatan Jalan Raya (SJR) dan Snap Check dengan purata 840 petugas harian pelbagai agensi, dan penugasan Pasukan Pemantauan SOP (Task Force) purata 400 petugas harian pelbagai agensi.

“Bagi penugasan Kawalan Keselamatan di Pusat Kurantin/Hotel Kurantin (180 petugas), penugasan Kawalan di Kawasan PKPD (280 petugas), penugasan di Pusat Simpanan Vaksin dan Pusat Pemberian Vaksin (80 petugas) dan penugasan Escort Vaksin (30 petugas PDRM),” katanya. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download