DUA LELAKI PENGHANTAR BARANG DIKOMPAUN RM3,000 LANGGAR SOP PKPD  

Oleh: Fansurina Abdullah

LIPIS, 27 MEI 2021: Dua lelaki berusia 28 tahun yang bekerja dengan syarikat penghantaran dikenakan kompaun berjumlah RM3,000 kerana melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) dengan menaiki kenderaan lebih daripada seorang di dalam kawasan wabak.

Ketua Polis Daerah Lipis, Supritendan Azli Mohd Noor berkata, kompaun tersebut adalah terawal yang dikeluarkan pada hari ini selepas tiga mukim di Kuala Lipis iaitu Mukim Kuala Lipis, Mukim Penjom dan Mukim Budu dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula semalam sehingga 8 Jun 2021.

Bagaimanapun beliau berkata, kadar pematuhan semua penduduk di kawasan PKPD terhadap SOP dan arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa adalah baik.

Ketua Polis Daerah Lipis, Supritendan Azli Mohd Noor

“Sejak perlaksanaan PKPD yang bermula semalam, kadar pematuhan penduduk dan dan premis termasuklah premis perniagaan di kawasan PKPD terhadap SOP adalah sangat baik.

“Malah pasukan pemantau juga kerap melakukan rondaan dan tinjauan di semua lokasi terlibat PKPD bagi memastikan kesemua pihak patuh kepada arahan dan SOP,” katanya ketika dihubungi Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP), hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan orang ramai khususnya di kawasan PKPD supaya terus patuh kepada SOP yang dikeluarkan dan tidak mengambil mudah setiap arahan dan mementingkan diri sendiri.

“Saya harap orang ramai dapat membudayakan pengamalan SOP ini bukan sahaja kerana penguatkuasaan undang-undang tetapi sebaliknya atas kesedaran diri sendiri untuk menghentikan wabak pandemik yang semakin menular dalam komuniti ketika ini,” katanya. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download

This will close in 0 seconds