YAB Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail menyampaikan bantuan kepada penerima pada Majlis Penyampaian Bantuan Prihatin Pahang Dewan Negeri Jelai dengan kerjasama Yayasan Pahang oleh YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail di Dewan Terbuka Laman Sejahtera, Felda Sungai Koyan 1, Lipis, hari ini.
8,000 PENJAWAT AWAM PAHANG BAKAL TERIMA BONUS HARI RAYA
Oleh : Fansurina Abdullah
KUALA LIPIS, 24 APRIL 2021 : Kira-kira 8,000 penjawat awam Negeri Pahang bakal menerima bonus hari raya tidak lama lagi.
YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata, perkara itu akan dibentangkan terlebih dahulu pada mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) bagi menentukan jumlah bonus tersebut.
Beliau berkata, pemberian bonus ini bertujuan untuk meringankan beban penjawat awam menjelang sambutan Aidilfitri tahun ini.
YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail ketika menjawab soalan media pada Majlis Penyampaian Bantuan Prihatin Pahang Dewan Negeri Jelai dengan kerjasama Yayasan Pahang oleh YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail di Dewan Terbuka Laman Sejahtera, Felda Sungai Koyan 1, Lipis, hari ini.
“InsyaAllah ada. Saya akan bawa ke Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri untuk dibincang dan diputuskan. Saya cuma boleh bagi jaminan di sini tidak kurang daripada apa yang Kerajaan Persekutuan beri,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penyampaian Bantuan Prihatin Pahang Dewan Negeri Jelai dengan kerjasama Yayasan Pahang oleh YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail di Dewan Terbuka Laman Sejahtera, Felda Sungai Koyan 1, di sini, hari ini.
Hadir sama ialah Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, YB. Dato’ Sri Abdul Rahman Mohamad; Ahli Parlimen Cameron Highlands, YB. Tuan Ramli Dato’ Mohd Nor; Ahli Dewan Negeri (ADN) Padang Tengku, Dato Mustapa Haji Long; ADN Cheka, YB. Encik Lee Ah Wong; Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pahang, YH. Dato’ Mahmud Mohd Nawawi, Pegawai Daerah Lipis, YH Dato’ Mohd Hafizi Ibrahim dan Ahli Dewan Negara, Puan Siti Fatimah Yahaya.
Pada majlis itu, sejumlah RM111,800 diperuntukkan oleh Yayasan Pahang kepada 559 penerima yang terdiri daripada golongan kurang kemampuan seperti anak yatim, Orang Kurang Upaya (OKU), asnaf dan ibu tunggal daripada 13 kampung di sekitar kawasan Jelai.
Setiap penerima diberikan bantuan RM200 dan kurma yang disampaikan oleh Dato’ Sri Haji Wan Rosdy bagi meringankan bebanan penerima terutama ketika menjelang Aidilfitri nanti. – PAHANGMEDIA