YAB Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail menyampaikan bantuan kepada penerima pada Majlis Penyampaian Bantuan Prihatin Pahang Dewan Negeri Jelai dengan kerjasama Yayasan Pahang oleh YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail di Dewan Terbuka Laman Sejahtera, Felda Sungai Koyan 1, Lipis, hari ini.
559 ORANG TERIMA BANTUAN PRIHATIN PAHANG BERJUMLAH RM111,800
Oleh : Fansurina Abdullah
KUALA LPIS, 24 APRIL 2021 : Seramai 559 golongan kurang berkemampuan menerima Bantuan Prihatin Pahang (BPP) berjumlah RM111,800 yang disampaikan oleh YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail hari ini.
Bantuan tersebut diberikan kepada penerima yang terdiri daripada anak-anak yatim, Orang Kurang Upaya (OKU), asnaf dan ibu tunggal dari 13 kampung di sekitar kawasan Jelai.
Dato’ Sri Haji Wan Rosdy berkata, bantuan yang diberikan ini diharap dapat meringankan beban yang ditanggung oleh semua penerima menjelang Aidilfitri yang akan disambut tidak lama lagi.
YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail.
“Program hari ini ialah Bantuan Prihatin Pahang (BPP) melalui Yayasan Pahang dengan kerjasama Kerajaan Negeri di mana Yayasan Pahang adalah anak syarikat Kerajaan Negeri dan saya adalah pengerusi, jadi kita bagi RM200 seorang kepada penerima,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penyampaian Bantuan Prihatin Pahang DN Jelai dengan kerjasama Yayasan Pahang oleh YAB Menteri Besar Pahang di Dewan Terbuka Laman Sejahtera, FELDA Sungai Koyan 1, di sini, hari ini.
Hadir sama ialah Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, YB. Dato’ Sri Abdul Rahman Mohamad, Ahli Parlimen Cameron Highlands, YB. Tuan Ramli Dato’ Mohd Nor, Ahli Dewan Negeri (ADN) Padang Tengku, YB Dato’ Mustapa Haji Long, ADN Cheka, YB. Encik Lee Ah Wong, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pahang, YH. Dato’ Mahmud Mohd Nawawi dan Pegawai Daerah Lipis, YH. Dato’ Mohd Hafizi Ibrahim.
Sementara itu, tiga penerima yang ditemui menyatakan rasa penghargaan kepada pihak Kerajaan Negeri di atas bantuan yang diberikan.
YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail menyampaikan bantuan kepada penerima pada Majlis Penyampaian Bantuan Prihatin Pahang Dewan Negeri Jelai dengan kerjasama Yayasan Pahang oleh YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail di Dewan Terbuka Laman Sejahtera, Felda Sungai Koyan 1, Lipis, hari ini.
Seorang penerima dari Kuala Medang, Puan Siti Rohani Choh, 55, berkata, beliau dan keluarga sangat gembira apabila dimaklumkan akan menerima BPP daripada Kerajaan Negeri terutama ketika bulan Ramadan ini.
Seorang lagi penerima dari Kampung Tanjung Gahai, Encik Ismail Awang, 66, mewakili anak OKU bagi menerima bantuan kewangan pada hari ini.
“Saya mewakili anak saya yang OKU, anak perempuan saya yang keempat, jadi saya berterima kasih kepada pihak Yayasan Pahang dan terima kasih sangat kepada YAB Menteri Besar Pahang di atas sumbangan pada hari ini,” katanya.
Seorang lagi penerima dari FELDA Sungai Koyan 3, Puan Suzaida Abd Kadir, 46, berkata, beliau menyara empat anaknya selepas bergelar ibu tunggal dan berasa sangat bersyukur dan gembira.
“Terima kasih kepada Kerajaan Negeri Pahang kerana memberi Bantuan Prihatin Pahang ini,” katanya. – PAHANGMEDIA