Oleh : Ain Nadhirah Basha
Foto : Ezzatul Syafiqa Asmawai
BENTONG, 27 FEBRUARI 2026 : “Terima kasih kepada Kerajaan Negeri Pahang dapat membantu mak cik dan pak cik meringankan (beban kewangan),” kongsi Puan Mahawa Saaie, penerima cek sumbangan Kerajaan Negeri Pahang.
Puan Mahawa, 64, dari Taman Saga, Bentong, yang mewakili suaminya Encik Zakaria Don, 77, melahirkan penghargaan berkenaan memandangkan suaminya memerlukan bantuan bagi membeli beg stoma.

“Stomach bag dia tu yang JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat) bagi dia tu, RM500 macam tak berapa sebab dia macam kena kerap tukar. Kalau tidak luka dia tu jadi tak cukup. Jadi kira macam sekotak tu tak cukup, kena dua kotak.
“Jadi dua kotak dah RM600 lebih sebab RM350 satu kotak. Jadi dia pun kena tukar, kadang-kadang dua kali, kadang boleh tiga kali. Alhamdulillah, memang membantu sangatlah sebab dia punya ubat-ubat pun mahal. (1:29)
“Itu RM350 tu untuk stoma saja, yang krim, sapu dia semuanya harga RM40. Kalau ada tiga krim tu, tiga-tiga tu semua, dia macam cukup-cukup kadang-kadang tak sebab dua kali sehari,” katanya.
Sementara itu, Puan Norhaida Musa dari Felda Kota Gelanggi 2 turut melahirkan penghargaan di atas keperihatinan Kerajaan Negeri Pahang dalam merealisasikan pertandingan yang mereka anjurkan.

“Kami menerima sumbangan untuk pertandingan keceriaan blok peringkat Felda Kota Gelanggi 2. Pertandingan sebenarnya kami telah lakukan pada bulan 8 sebelum ini tapi kita telah keluarkan duit untuk program yang sebelum ini jadi dia boleh tambah balik semula dan untuk yang kedepan nanti.
“Sekali lagi kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Pahang terutamanya kepada Menteri Besar kita Tok Wan dan Dato’ Amizar jugalah kerana membantu merealisasikan permohonan kami ini.
“Terima kasih banyak-banyak, tak terhingga daripada kami sebenarnya sebab kami adalah golongan yang tidak bekerja. Terima kasih banyak-banyak, terima kasih daripada kami semua,” katanya.
Seramai 20 penerima menerima sumbagan cek Kerajaan Negeri Pahang bernilai RM111,000 yang disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal FELDA, Koperasi dan Usahawan Negeri Pahang, YB. Dato’ Amizar Abu Adam mewakili YAB. Menteri Besar Pahang di Pejabat Daerah dan Tanah Bentong. -PAHANGMEDIA

