Oleh : Ain Nadhirah Basha
Foto : Ezzatul Syafiqa Asmawai
KUANTAN, 30 DISEMBER 2025 : “Saya rasa gembira jadi rakyat Pahang,” kongsi Puan Noraslina Idris yang merupakan penerima surat tawaran Program Residensi Rakyat (PRR) Pulau Manis.
Puan Noraslina, 43, melahirkan rasa kesyukuran apabila impian untuk memiliki kediaman sendiri tercapai setelah menanti sejak 2008 lagi.
“Rasa gembira, saya mohon dari 2008. Alhamdulillah sangat seronoklah, dapat rumah sendiri. Sekarang duduk menyewa dekat Pandan Airport.

“Banyak yang diterang oleh Dato’ (YB. Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff) tadi untuk orang Pahang. Memang bersyukur sangat duduk di bumi Pahang ini,” katanya yang memiliki empat anak ini.
Sementara itu, menurut Encik Mohd Shah Afendy Razali, 36, surat tawaran bagi rumah ini merupakan rezeki tahun baharu yang tidak disangka-sangka.
“Alhamdulillah, saya ingatkan memang tak dapat lah sebab rasa dah lama isi, dalam 7 tahun (permohonan). Saya isi semua (rumah yang ditawarkan).

“Dia ada sampai surat (tawaran) dekat rumah, saya pun macam tak percaya. Isteri pun macam tak percaya. Ni hadiah tahun baharu.
“Saya ucapkan terima kasih Kerjaan Negeri ni. Dato’ Fakhruddin cakap ramai dah orang yang mohon tapi ada yang tak dapat tapi saya dapat. Alhamdulillah,” katanya yang bekerja sebagai juruteknik.
Seramai 85 penerima telah menerima surat tawaran di bawah skim PRR Pulau Manis dengan harga RM45,000 seunit, melibatkan nilai keseluruhan RM3.825 juta. -PAHANGMEDIA

