Oleh : Ain Nadhirah Basha
Foto : Ezzatul Syafiqa Asmawai
LIPIS, 27 DISEMBER 2025 : Inisiatif Makmur Pahang (I.M Pahang) kepada Kluster Agama, khususnya masjid dan Surau Kebenaran Jumaat memberi banyak perubahan kepada persekitaran dan imej masjid di negeri ini.
Menurut Encik Md Shamsul Omar, 58, yang merupakan Pengerusi Masjid Al-Huda Kampung Raja, Cameron Highlands, sumbangan ini sangat dihargai dan akan digunakan sebaik mungkin.
“Kami rasa bangga dan ini mencerminkan bahawa Kerajaan di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar ni adalah menegakkan agama Islam di Negeri Pahang walaupun banyak tomahan.
“Tapi saya sebagai pengurus masjid banyak inisiatif yang diberi pada kami terutamanya bila berlaku bencana ke apa ke, Kerajaan Negeri Pahang ni akan sentiasa membantu kami.

“Di masjid kami pun banyak perubahan sejak akhir-akhir ni. Kira penambahan macam ruang solat. Memang pihak Kerajaan Negeri Pahang sentiasa prihatin kepada pembangunan agama di Negeri Pahang,” katanya.
Beliau berkata sumbangan RM10,000 yang diterima ini akan digunakan bagi membaikpulih kawasan masjid yang mengalami runtuhan selain program bagi mengimarahkan masjid.
“InsyaAllah kami akan guna untuk tempat yang kena tanah runtuh di belakang. Jadi kami akan cuba untuk baik pulih dan juga sebahagian ni kami akan buat untuk ruang makan ketika (1:40) musim bulan Ramadan. Kami akan gunakan sumbangan ni untuk masyarakat setempat, ahli kariah kami.
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada terutama kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy Wan Ismail di atas sumbangan Inisiatif Makmur Pahang Kluster Agama. Terima kasih Tok Wan,” katanya.
Sementara itu, menurut Encik Abdul Hamid Abu Bakar, 70, dari Masjid Kampung Limau Purut turut melahirkan rasa gembira di atas sumbangan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Pahang kepada masjid dan surau di negeri ini.

“Kami berasa gembiralah sebenarnya ini satu sumbangan yang baik untuk masjid-masjid kami.
“Kita akan gunakan untuk mengimarahkan masjid kita sama ada untuk ahli kariah kita dari segi kecantikan dan sebagainya. Untuk program.
“Terima kasih untuk MB (Menteri Besar) dan Kerajaan Negeri. Kami berterima kasih kepada YAB. Menteri Besar Pahang dan Kerajaan Negeri yang mana sumbangan ini adalah merupakan satu sumbangan yang besar bagi kami,” katanya.
YAB. Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy Wan Ismail telah menyampaikan Inisiatif Makmur Pahang (I.M Pahang) Kluater Agama melibatkan 176 buah masjid dan Surau Kebenaran Jumaat dari daerah Lipis, Raub, Bentong dan Cameron Highlands, dengan jumlah peruntukan RM1.76 juta. -PAHANGMEDIA

