Oleh : Ain Nadhirah Basha
KUANTAN, 28 NOVEMBER 2025 : Seramai 524 mangsa banjir dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di negeri ini melibatkan empat daerah terjejas iaitu Kuantan, Raub, Lipis, dan Maran setakat 8.30 pagi ini.
Menurut satu laporan yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Pahang, daerah tertinggi merekodkan pemindahan mangsa adalah di Kuantan dengan 232 mangsa daripada 79 keluarga di tujuh PPS.

Seramai 117 mangsa daripada 45 keluarga ditempatkan di SK Sungai Karang; 53 mangsa daripada 18 keluarga ditempatkan di SK Kempadang; 29 mangsa daripada 7 keluarga ditempatkan di SM Pendidikan Khas Vokasional Kuantan; 23 mangsa daripada 6 keluarga ditempatkan di SK Sungai Ular; dan 10 mangsa daripada 3 keluarga ditempatkan di SK Beserah.
Manakala di Raub, seramai 202 mangsa daripada 66 keluarga ditempatkan di lapan PPS iaitu di SK Kundang Patah yang menempatkan 39 mangsa daripada 12 keluarga; 37 mangsa daripada 14 keluarga ditempatkan di PPS Dewan Kampung Pia; 35 mangsa daripada 10 keluarga ditempatkan di SMA Al-Falah Batu Talam; 28 mangsa daripada 11 keluarga ditempatkan di PPS Balairaya Kampung Ulu Sungai; 27 mangsa daripada 7 keluarga ditempatkan di SK Tanjung Raja; 23 mangsa daripada 7 keluarga ditempatkan di PPS Balairaya Kampung Tersang; 8 mangsa daripada 3 keluarga ditempatkan di PPS Balairaya Kampung Sengkela; dan 5 mangsa daripada 2 keluarga ditempatkan di Pusat Kegiatan Kemas Gali.

Di Lipis seramai 73 mangsa daripada 22 keluarga dipindahkan ke lima PPS melibatkan 40 mangsa daripada 10 keluarga ditempatkan di SK Lubuk Kulit; 15 mangsa daripada 7 keluarga ditempatkan di Masjid Kampung Beletik; 9 mangsa daripada sebuah keluarga ditempatkan di SK Pejom; dan 8 mangsa daripada 3 keluarga ditempatkan di PPS Dewan Serbaguna Dato Omar Kuala Medang.
Di Maran, seramai 17 mangsa daripada empat keluarga dipindahkan ke PP Banjir Kampung Baru Sungai Cedong.
Sementara itu, dua sungai direkodkan berada pada tahap bahaya iaitu Sungai Luit di Maran dan Sungai Telemong di Bentong. Manakala dua sungai lagi direkodkan pada tahap amaran iaitu Sungai Lipis di Batu Malim, Raub; dan Sungai Belat di Sri Damai, Kuantan. -PAHANGMEDIA

