KUANTAN, 14 NOVEMBER 2025 : Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj melakar sejarah buat pertama kalinya menyampaikan syarahan di Universiti Oxford, United Kingdom, semalam.
Paduka Baginda membentangkan syarahan bertajuk “Pahang: Warisan Perlembagaan dan Maritim Melayu-Islam Yang Dilupakan” pada pukul 9.45 pagi waktu tempatan (United Kingdom).

Paduka Baginda berbicara secara jelas dan terperinci sebagai suara sebuah kerajaan yang menuntut semula Hukum Kanun Pahang sebagai Perlembagaan Melayu-Islam tertua bagi sebuah tamadun berdaulat.
Syarahan Paduka Baginda turut berkisar mengenai Pahang sebagai sebuah kekuatan ketamadunan, berilmu, berperundangan dan bercahaya, bukan tinggalan nostalgia tetapi nadi bertulis dunia Melayu-Islam yang berdaulat, satu penakrifan semula ilmiah terhadap sejarah perlembagaan dunia. -PAHANGMEDIA

