Oleh: Aimi Syafiqa Khairi
Foto: Ezzatul Syafiqa Asmawai
KUALA LUMPUR, 10 OKTOBER 2025 : Kerajaan Negeri Pahang melalui Invest Pahang telah menandatangai perjanjian persefahaman (MoU) melibatkan tujuh agensi hari ini.
Dua MoU yang telah ditandatangani adalah melibatkan Yayasan Pahang iaitu bersama Bubbles O2 Sdn. Bhd mengenai Projek Eksplorasi, Cari Gali, Pengilangan, Pengedaran dan Pengkomersilan Sumber Air Tanah di Pahang, dan juga melibatkan Pembinaan Jaya Depan Sdn Bhd iaitu bersama The Coffee Bean & Tea Leaf mengenai Pembukaan Coffee Bean & Tea Leaf (Drive Thru) di Jerantut Square,Bandar Jerantut Pahang.

Manakala MoU ketiga melibatkan Pembinaan Jaya Depan Sdn Bhd bersama Rakanda Enterprise Sdn Bhd mengenai Penempatan Rakanda sebagai pembekal produk plastic, barangan dapur dan bahan bakeri di Jerantut Square, Bandar Jerantut Pahang.

Pembinaan Jaya Depan Sdn Bhd turut menandatangani tiga MoU di antara The Maple Hotel Sdn Bhd, Easyroomz Sdn Bhd dan Tatako Enterprise mengenai The Maple Hotel sebagai Pengendali Hotel,Penempatan Easyoomz sebagai Pengendali hotel dan pengurus penyewa, dan Pembukaan Tatako Toy Centre di Jerantut Square, Bandar Jerantut Pahang.

Selain itu, satu MoU yang melibatkan antara Pembinaan Jaya Depan Sdn Bhd bersama Mempaga Fresh Sdn Bhd mengenai Pembukaan Mempaga Fresh Supermarket di Taman Berchang Damai, Kuala Lipis Pahang.

Dalam majlis yang sama, kerajaan negeri turut memperkenalkan Projek Pembangunan Jerantut Square yang bernilai kira-kira RM130 juta yang bakal menjadi mercu tanda baharu di Jerantut.
Kesemua penyerahan ini disaksikan oleh YAB. Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy Wan Ismail; YB. Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato’ Sri Nazri Abu Bakar; Pegawai Pelaburan Pahang, YH. Dato’ Kamarul’Arifin Ahmad; dan ahli barisan Ahli Mesyuarat Kerajaan pada Selangor International Business Summit (SIBS) 2025, Main Stage, Hall 2, @ SPARK Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC).-PAHANGMEDIA

