Oleh : Farizul Hafiz Awang
Bukan lagi sekadar tradisi, berbuka puasa secara berkelah di Padang MBK 1 Kuantan merupakan kemestian bagi penduduk setempat setiap kali bulan Ramadan menjelang.
Sejak lebih 10 tahun lalu, Padang Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) 1 dijadikan lokasi untuk berbuka puasa.
Selain memudahkan pengunjung untuk membeli juadah berbuka puasa di Bazar Ramadan Jalan Mahkota, yang bersebelahan dengan padang ini, tradisi tersebut juga menjadi platform perpaduan.
Di sini, pengunjung dari pelbagai latar belakang bangsa dan agama turut bersama menunggu waktu berbuka dan ianya mencerminkan keharmonian masyarakat.










