Oleh : Norhafizan Zulkifli
KUANTAN, 29 NOVEMBER 2024 : Kerajaan Negeri Pahang memperuntukkan pemberian geran tahunan mengurus dan pembangunan sebanyak RM12 juta bagi memperkasakan peranan dan fungsi Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS).
YAB. Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata, UnIPSAS merupakan universiti penuh pertama milik Kerajaan Negeri yang menawarkan pelbagai jurusan pengajian daripada peringkat diploma hingga doktor falsafah.
Selain itu katanya, Kerajaan Negeri turut memperuntukkan sebanyak RM150,000 kepada Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang (PPAP) untuk pelaksanaan Pesta Buku Pahang 2025 dan Pahang Book Run 2025.
“Dalam pada itu, Kerajaan Negeri memperuntukkan RM160,000 bagi melaksanakan Projek Pendigitalan Perpustakaan Awam seluruh negeri Pahang dan RM1.55 juta lagi bagi projek Pembaikan Kerosakan Bumbung Bangunan Perpustakaan Awam Sultan Haji Ahmad Shah,” katanya ketika membentangkan Belanjawan Negeri Pahang Tahun 2025 pada Mesyuarat Ke-3 Penggal Ke-3 Dewan Negeri Pahang Ke-15 di Wisma Sri Pahang, Kuantan, hari ini.
Dalam pada itu, YAB Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy berkata, Kerajaan Negeri menerusi Yayasan Pahan turut sebanyak RM12.5 juta bagi melaksanakan Program Jaminan Kerjaya bagi memastikan isu pengangguran dapat dikurangkan, Kerajaan Negeri menerusi Yayasan Pahang memperuntukkan RM12.5 juta untuk melaksanakan Program Jaminan Kerjaya.
“Kerajaan Negeri juga memperuntukkan RM4.5 juta kepada Pusat Pembangunan Kemahiran Pahang atau Pahang Skills bagi menaik taraf kemudahan Pusat Kecemerlangan bagi latihan dan implementasi pendigitalan serta RM500,000 bagi penyelenggaraan bangunan dan kampus,” ujarnya. -PAHANGMEDIA

