Oleh : Fansurina Abdullah
KUANTAN, 23 FEBRUARI 2024 : Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) menerima tiga anugerah kecemerlangan inovasi pada Public Service Innovation Asia (PSIA) 2024 sempena Malaysia Teknologi Expo (MTE) 2024 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur.
Menurut Datuk Bandar Kuantan, YH. Dato’ Razihan Adzharuddin, tiga anugerah kecemerlangan inovasi yang diterima ialah Anugerah Emas dan Anugerah Perak.
“Manakala satu anugerah lagi merupakan Anugerah Khas Toronto International Society of Innovation and Advance Skill ( TISIAS) daripada negara Kanada bagi projek inovasi GREEN AC H2O, projek Water Conservation Through Air Condition Radiators,” katanya.
Sementara itu, Kumpulan USB Mech turut memenangi pingat emas bagi project yang sama manakala Kumpulan MARRIS pula memenangi pingat perak bagi Projek RoadcPotholes Restoration.
“Kecemerlangan organisasi merupakan ‘Bread and Butter ‘ bagi MBK saban tahun apabila pada tahun 2023, MBK telah menerima 30 Anugerah enam Anugerah di peringkat antarabangsa.
“Sementara itu, pada tahun 2022 , MBK telah menerima 34 Anugerah dengan sembilan anugerah peringkat antarabangsa,” katanya.
Pada 2022, MBK pernah dinobatkan sebagai PBT ketiga terbaik di Malaysia bagi kategori Bandaraya serta dianugerahkan penarafan lima bintang Pihak Berkuasa Tempatan 2022. – PAHANGMEDIA

