Oleh : Ain Nadhirah Basha
Foto : Putera Falliq Hakim Suhairi
TEMERLOH, 30 DISEMBER 2023 : “Tak kiralah (dalam bentuk) makanan ke apa, adalah nampak (Kerajaan Negeri Pahang) prihatin kepada rakyat,” kongsi penerima Juadah Makmur, Encik Mokhtar.
Encik Mokhtar Hamzah, 64, dari Kampung Pangsenam di sini turut melahirkan rasa bangga dengan pemberian Juadah Makmur kepada rakyat di negeri ini.

“Dekat sini (Masjid Ihsaniah Kampung Pangsenam) dah tiga kali dah saya dapat. Kali ni rasa teruja, jarang MB bagi agih-agih makanan macam hari ni.
“Terima kasih kepada MB. Rasa bangga juga dapat sumbangan macam ini. Saya ucapkan terima kasih kepada MB dan Kerajaan Negeri,” katanya.
Sementara itu, bagi Encik Sulaiman Mohd Ali, 76, dari Kampung Baru Pangsenam melahirkan rasa kesyukuran dengan perkongsian rezeki daripada Kerajaan Negeri.

“Alhamdulillah Tuhan beri rezeki. Kalau tahun depan pun disambung bagi lagi (Juadah Makmur) itu paling bagusnya.
“Bolehlah orang kampung merasa. Rasa seronok bila Kerajaan Pahang bagi macam ni. Terima kasih kepada Kerajaan Negeri dan MB,” kongsinya.
Bagi Encik Murat Yaakob,75, juga dari Kampung Baru Pangsenam, turut berterima kasih kepada Kerajaan Negeri dan YAB Menteri Besar diatas pemberian Juadah Makmur.

“Terima kasih banyak-banyak, alhamdulillah. Rasa bersyukur sangatlah kalau ada lagi tahun depan, merasalah kami orang kampung.
“Bersyukurlah kerana bertambah rezeki, rezeki tu ada. Saya ucapkan terima kasih banyak-banyak, Menteri Besar datang ke sini, boleh berjumpa dengan rakyat sini,” katanya.
YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail sebelum itu telah meluangkan masa menunaikan solat jumaat di Masjid Ihsaniah Kampung Pangsenam bersama orang kampung sebelum menyerahkan sendiri Juadah Makmur kepada jemaah yang hadir. -PAHANGMEDIA

