Oleh : Fairus Mohd
KUANTAN, 9 DISEMBER 2023 – Jabatan Mufti Negeri Pahang mengeluarkan arahan agar semua masjid dan surau di Pahang menangguhkan bacaan Qunut Nazilah yang telah dilakukan dalam setiap waktu solat sejak lebih sebulan lalu.
Mufti Negeri Pahang, Dato’ Sri Dr Haji Abdul Rahman Hj Osman berkata, kenyataan penangguhan berkenaan telah dikeluarkan bermula 7 Disember lalu.
“Perkara (penangguhan) ini selaras dengan sunnah Rasulullah SAW di mana baginda melaksanakannya dalam tempoh selama sebulan.
Dalam pada itu beliau berkata tiada halangan bagi individu yang ingin meneruskan bacaan Qunut Nazilah dalam solat harian masing-masing.
“Kita mengeluarkan arahan berlandaskan sunnah Rasulullah dan (jika ada) sebarang arahan untuk kembali menyambung bacaan Qunut Nazilah akan dimaklumkan kemudian.
“Kita di Mazhab Syafie itulah fadhilatnya, dalam sembahyang Subuh kita masih ada lagi qunut yang biasa kita baca dan akan terus berkekalan (dibaca),” katanya. -PAHANGMEDIA

