Oleh : Fansurina Abdullah
BENTONG, 4 SEPTEMBER 2023 : Allahyarham Dato’ Sri Johari Harun merupakan seorang pemimpin yang sangat komited dalam membangunkan Daerah Bentong selain kawasan DUN Pelangai termasuklah tempat kelahirannya di Janda Baik.
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Bentong, YH. Dato’ Rose Samsul Abdul Razak berkata, pelbagai perancangan pembangunan Janda Baik telah diusulkan bagi memastikan kawasan itu dapat dibangunkan dengan lebih tersusun dan kemas.
“Untuk Janda Baik ini memang banyak perancangan dia, untuk pelebaran jalan, untuk menambah kemudahan-kemudahan komersil bagi kepentingan penduduk Janda Baik dan hasratnya untuk (pembangunan) Janda Baik ini dapat dibangunkan secara tersusun dan kemas, itu adalah hasrat perancangan dia,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika dihubungi Pahang Media bagi mengulas berhubung perancangan pembangunan Janda Baik oleh Allahyaarham Dato’ Sri Johari Harun, hari ini.
Ketua Kampung Janda Baik, Encik Damuri Nusi Beliau berkata, Allahyarham Dato’ Sri Johari juga sudah beberapa kali mengadakan perjumpaan bersama penduduk bagi membincangkan perancangan isu pembangunan di kawasan Janda Baik.

Sementara itu, Ketua Kampung Janda Baik, Encik Damuri Nusi berkata, Allahyarham Dato’ Sri Johari sememangnya seorang yang sangat peramah dan mengambil berat soal pembangunan di Janda Baik.
“Dia dengan orang kampung memang terbaiklah, dia memang mesra, berjumpa (dengan penduduk kampung), lebih-lebih peringkat-peringkat umur baya dia, sama-sama sekolah, daripada sekolah rendah semua balik dia akan jumpa, dia macam tulah daripada dahulu, maknanya bukan setakat dia jadi ADUN sahaja, sebelum-sebelum ini pun dia kalau balik berjumpa, memang dia mesra sangatlah dengan orang kampung,” katanya. – PAHANGMEDIA

