Ketua Polis Pahang, YDH Dato’ Sri Abd Jalil Hassan dalam sidang media selepas hadir pada Mesyuarat Permuafakatan PDRM dengan Jabatan Pendidikan Negeri Pahang (JPNP) di Bilik Mesyuarat di Jabatan Pendidikan Negeri Pahang, Kuantan.

POLIS PANTAU PEMATUHAN SOP DI SEKOLAH KEKANG PENULARAN COVID-19

Oleh: Fansurina Abdullah
Foto: Putera Falliq Hakim Suhairi

KUANTAN, 21 APRIL 2021: Polis Pahang memandang serius isu jangkitan COVID-19 di kawasan sekolah dan akan melakukan rondaan di semua sekolah dengan menempatkan anggotanya pada waktu puncak.

Ketua Polis Pahang, YDH CP Dato’ Sri Abd Jalil Hassan berkata, anggotakan akan ditempatkan di kawasan sekolah di seluruh Pahang pada waktu pagi ketika pelajar sampai di sekolah dan ketika pulang dari sekolah bagi memantau tahap kepatuhan warga sekolah terhadap Prosedur Operasi Standard (SOP).

Jelasnya, ini kerana pihaknya bimbang jika wujudnya kluster-kluster jangkitan COVID-19 di sekolah sebagaimana yang berlaku di beberapa negeri yang lain.

“Jadi, kerajaan telah memberikan peringatan tegas terhadap ibu bapa, pihak sekolah dan pegawai perhubungan sekolah untuk memastikan tiada pelajar yang bergejala hadir ke sekolah jika sebaliknya berlaku, tindakan tegas akan dikenakan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas hadir pada Mesyuarat Permuafakatan PDRM dengan Jabatan Pendidikan Negeri Pahang (JPNP) di Bilik Gerakan di Jabatan Pendidikan Negeri Pahang, di sini, hari ini.

Mesyuarat turut dihadiri Pengarah Pendidikan Negeri Pahang, Tuan Muhammad Rosli Abdul Rahman, Pegawai Pendidikan Daerah dan Ketua Polis Daerah secara maya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, Negeri Pahang akan menjadi tuan rumah kepada sambutan Hari Kadet pada Julai selepas ditangguhkan pada tahun lalu dalam norma baharu.

“Sambutan tersebut akan diadakan di Pusat Ko-kurikulum Sultan Ahmad Shah, Kuantan dengan menetapkan hanya dua guru serta empat pelajar sahaja dibenarkan hadir pada sambutan tersebut,” katanya. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download