Ahli Dewan Negeri Bebar, YB Dato' Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff menziarahi Mohd Shaharuddin Hassan 55, yang mengalami lumpuh di Kampung Tanjung Medang Hilir di sini.

ZIARAH KASIH BAWA PEMIMPIN KEPADA RAKYAT

Oleh: Fairus Mohd
Foto: Mahathir Ali

PEKAN, 26 JULAI 2020: Program Ziarah Kasih yang diadakan menjadi antara peluang terbaik bagi wakil rakyat untuk menjengah kehidupan semasa rakyat serta mengetahui keperluan rakyat di pelusuk kampung.

Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Teknologi Hijau, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang. YB. Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff berkata, ia menjadi satu usaha berkala memantau keadaan masyarakat khususnya mereka yang memerlukan selain beramah mesra mengeratkan hubungan.

“Aktiviti ‘turun padang’ sebegini memberi peluang kepada
pemimpin setempat meninjau masalah penduduk dengan lebih dekat selain menghulurkan bantuan sewajarnya.

“Saya sendiri dapat mengetahui kekurangan yang dialami rakyat di kawasan sendiri seperti bekalan keperluan asas termasuk makanan, air dan elektrik,” katanya pada majlis penutupan gotong-royong di Kampung Tanjung Medang Hilir, hari ini.

Ahli Dewan Negeri Bebar, YB Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff bersama penduduk di Kampung Tanjung Medang Hilir di sini.

Turut hadir, Ketua Penolong Pegawai Daerah Pekan, Puan Nursafariza Ihsan, Penghulu Mukim Langgar 2, Tuan Haji Zainuddin Ahmad, Ketua Kampung Tanjung Medang Hilir, Encik Mohd Radzi Ismail serta Imam 1 masjid, Tuan Haji Mohamad Ismail.

Sementara itu YB Mohammad Fakhruddin yang juga merangkap Ahli Dewan Negeri (ADN) Bebar berkata, perjumpaan melalui aktiviti kemasyarakatan seperti gotong-royong yang dijalankan juga memberi ruang mendekati masyarakat selain bertanya khabar.

“Kita dapat memperbaiki silaturahim malah penting untuk meneruskan aktiviti dalam kampung termasuk istiqamah dalam melaksanan gotong-royong.

“Dalam Islam sendiri mementingkan kebersihan dan keindahan, jadi saya amat berharap agar setiap ketua komuniti sentiasa memastikan aktiviti sebegini sentiasa dilaksanakan dari semasa ke semasa,” katanya.

Ahli Dewan Negeri Bebar, YB Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff menaiki motosikal ketika melakukan lawatan kerja ke Kampung Tanjung Medang Hilir di sini.

Beliau turut menyentuh berkaitan masalah dadah yang membelenggu masyarakat sejak sekian lama.

“Tidak kira di mana sahaja, masalah dadah sentiasa ada dan saya berharap seluruh penduduk bekerjasama dalam memastikan tiada ahli keluarga mereka yang terjebak.

“Bila ada (masalah dadah), seluruh komuniti menanggung kesannya seperti masalah pecah rumah, bengkel, kehilangan barangan berharga dan sebagainya. Kita tidak mahu ia berlaku dan merosakkan keharmonian hidup kita bersama,” katanya. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
Please follow and like us:
error
error: