YB. Encik Mohd Sharim Md Zain mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negeri (ADN) Chini pada Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri (DN) Pahang Ke-14 di Wisma Sri Pahang di Kuantan, hari ini.

YB. ENCIK MOHD SHARIM ANGKAT SUMPAH ADN CHINI

Oleh: Muhammad Shahrinnahar Abd. Latib
Foto: Putera Falliq Hakim Suhairi

KUANTAN, 24 OGOS 2020: YB. Encik Mohd Sharim Md Zain mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negeri (ADN) Chini pada Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri (DN) Pahang Ke-14 di Wisma Sri Pahang di sini, hari ini.

YB. Mohd Sharim, 41, mengangkat sumpah dan menandatangani surat sumpah jawatan di hadapan YB Yang DiPertua Dewan Negeri Pahang, Dato’ Sri Haji Ishak Haji Muhamad.

Pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DN Chini yang lalu, YB Encik Mohd Sharim berjaya mempertahankan kerusi milik Barisan Nasional (BN) itu selepas memperoleh 13,872 undi untuk menewaskan dua calon Bebas, YM Tengku Dato’ Zainul Hisham Tengku Hussin dan Mohd Shukri Mohd Ramli.

PRK DN Chini diadakan ekoran kematian penyandangnya Allahyarham Dato’ Sri Abu Bakar Harun pada 7 Mei lalu akibat serangan jantung di Hospital Kuala Lumpur.

Dato’ Sri Haji Ishak seterusnya mengucapkan tahniah kepada YB. Encik Mohd Sharim atas kemenangannya pada PRK DUN Chini dan mengingatkan beliau untuk menggalas amanah serta kepercayaan yang diberikan rakyat dengan baik.

Turut menyaksikan majlis angkat sumpah berkenaan adalah Menteri Besar Pahang, YAB. Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail, barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Ahli Dewan Negeri (ADN) Pahang. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
Please follow and like us:
error
error: