Ahli Dewan Negeri (ADN) Chini, YB. Encik Mohd Sharim Md Zain ketika Sesi Kunjung Hormat kepada YB Yang DiPertua Dewan Negeri Pahang, Dato' Sri Haji Ishak Haji Muhamad di Wisma Sri Pahang di Kuantan, hari ini.

YB. ENCIK MOHD SHARIM ANGKAT SUMPAH ADN CHINI AKHIR OGOS

Oleh: Muhammad Shahrinnahar Abd Latib
Foto: Putera Falliq Hakim Suhairi

KUANTAN, 16 JULAI 2020: YB. Encik Mohd Sharim Md Zain akan mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negeri (ADN) Chini pada Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri (DN) Pahang Ke-14, yang dijangka berlangsung akhir Ogos ini.

YB Yang DiPertua Dewan Negeri Pahang, Dato’ Sri Haji Ishak Haji Muhamad berkata, sidang Dewan Negeri berkenaan akan diadakan seperti sebelum ini iaitu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan khususnya dalam aspek mematuhi keperluan penjarakan sosial dan amalan penjagaan kebersihan.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Chini, YB. Encik Mohd Sharim Md Zain ketika Sesi Kunjung Hormat kepada YB Yang DiPertua Dewan Negeri Pahang, Dato’ Sri Haji Ishak Haji Muhamad di Wisma Sri Pahang di Kuantan, hari ini.

“Dalam masa yang sama kita akan laksanakan majlis angkat sumpah YB Encik Mohd Sharim sebagai ADN Chini. Setakat ini kedudukan setiap YB masih sama seperti Sidang Dewan Negeri yang berlangsung pada April lalu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Sesi Kunjung Hormat Yang Berhormat Ahli Dewan Negeri Chini Kepada Yang Berhormat Yang DiPertua Dewan Negeri Pahang di Wisma Sri Pahang di sini hari ini.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Chini, YB. Encik Mohd Sharim Md Zain ketika Sesi Kunjung Hormat kepada YB Yang DiPertua Dewan Negeri Pahang, Dato’ Sri Haji Ishak Haji Muhamad di Wisma Sri Pahang di Kuantan, hari ini.

Pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DN Chini yang lalu, YB Encik Mohd Sharim berjaya mempertahankan kerusi milik Barisan Nasional (BN) itu selepas memperoleh 13,872 undi untuk menewaskan dua calon Bebas, YM Tengku Dato’ Zainul Hisham Tengku Hussin dan Mohd Shukri Mohd Ramli.

PRK DN Chini diadakan ekoran kematian penyandangnya Allahyarham Dato’ Sri Abu Bakar Harun pada 7 Mei lalu akibat serangan jantung di Hospital Kuala Lumpur.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Chini, YB. Encik Mohd Sharim Md Zain ketika Sesi Kunjung Hormat kepada YB Yang DiPertua Dewan Negeri Pahang, Dato’ Sri Haji Ishak Haji Muhamad di Wisma Sri Pahang di Kuantan, hari ini.

Sementara itu, YB. Encik Mohd Sharim berkata, beliau berterima kasih kepada YB Yang DiPertua kerana sudi menerima kunjungannya hari ini kerana banyak yang perlu dipelajarinya sebagai Ahli Dewan Negeri.

“Alhamdulillah banyak yang saya belajar hari ini. Terima kasih kepada YB Yang DiPertua. InsyaAllah saya akan buat yang terbaik pada Sidang DN nanti dalam membawa suara rakyat di kawasan Chini,” katanya. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download