YANG DI-PERTUAN AGONG PERKENAN PELETAKAN JAWATAN TUN M

KUANTAN, 24 FEBRUARI 2020: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah hari ini berkenan menerima peletakan jawatan YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Ketua Setiausaha Negara, YBhg. Datuk Seri Mohd Zuki Ali berkata, bagaimanapun, Baginda telah berkenan untuk melantik YAB Tun Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri interim sementara menunggu pelantikan Perdana Menteri yang baharu.

“Ia selaras dengan Perkara 43 (2) (a) Perlembagaan Persekutuan. Justeru itu, selaku Perdana Menteri interim, beliau akan menguruskan pentadbiran negara sehingga Perdana Menteri dan ahli kabinet yang baharu dibentuk,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
Please follow and like us:
error