Menteri Besar Pahang, YAB Dato' Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail ketika melawat mangsa kebakaran yang melibatkan lima buah rumah kedai dua tingkat di Kampung Baru Benta di Kuala Lipis malam tadi.

YAB MENTERI BESAR LAWAT MANGSA KEBAKARAN DI BENTA

KUANTAN, 6 NOVEMBER 2020: Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail melawat mangsa kebakaran yang melibatkan lima buah rumah kedai dua tingkat di Kampung Baru Benta di Kuala Lipis malam tadi.

YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy dalam satu hantaran di Facebooknya berkata, beliau dalam perjalanan pulang ke Lipis dan sempat singgah melawat mangsa kebakaran di situ.

Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail melihat kawasan kebakaran yang melibatkan lima buah rumah kedai dua tingkat di Kampung Baru Benta di Kuala Lipis malam tadi.

“Alhamdulillah, tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Terima kasih kepada pihak bomba, polis, TNB dan semua yang terlibat dalam membantu mengawal keadaan,” katanya.

Turut hadir dalam lawatan itu adalah Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Bioteknologi Negeri Pahang,
YB. Dato’ Sri Ir. Haji Mohd. Soffi Tan Sri Abd. Razak yang juga Ahli Dewan Negeri (ADN) Benta.

Anggota bomba berusaha memadamkan kebakaran lima buah rumah kedai dua tingkat di Kampung Baru Benta di Kuala Lipis malam tadi.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Pahang dalam satu kenyataan berkata, kejadian kebakaran itu menyebabkan lima kedai dua tingkat separuh kekal musnah dalam kebakaran itu.

“Pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 8 malam sebelum sepasukan anggota dan pegawai bersama jentera bergegas ke lokasi kejadian,” katanya.

Keadaan rumah kedai di Kampung Baru Benta di Kuala Lipis malam tadi yang musnah dalam kebakaran.

Beliau berkata, dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Raub serta Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Gali telah bergegas ke tempat kejadian dengan jarak 20 kilometer dan tiba di lokasi dalam tempoh 18 minit.

“seramai empat pegawai dan 19 anggota serta tiga orang daripada PBS Gali terlibat dalam usaha memadam kebakaran itu.

“Kebakaran dapat dikawal sepenuhnya kira-kira jam 8.46 malam dengan anggaran kemudahan kira-kira 90 peratus. Punca kejadian dan anggaran kerugian masih lagi dalam siasatan,” katanya. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download