Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Pahang, Dato’ Dr. Haji Bahari Dato’ Tok Muda Haji Awang Ngah.

WANITA TAG MERAH JAMBU DI RESTORAN TEMERLOH TIADA KAITAN COVID-19

Oleh: Ain Nadhirah Basha

KUANTAN, 21 SEPTEMBER 2020 : Seorang wanita yang tular di media sosial kerana dikesan memakai tag merah jambu di sebuah restoran di Temerloh tidak berkaitan dengan rawatan atau arahan kuarantin COVID-19.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Pahang, Dato’ Dr. Haji Bahari Dato’ Tok Muda Haji Awang Ngah berkata siasatan pihaknya mendapati individu berkenaan telah menerima rawatan sebelum itu tetapi bukan berkaitan wabak ini.

“Siasatan pihak kami mengesahkan pesakit terlibat telah menerima rawatan di salah sebuah hospital kami. Pesakit yang dimaksudkan tidak terlibat dalam rawatan atau pun arahan kuarantin terhadap jangkitan COVID-19.

“Tag tersebut tidak ditanggalkan dari pesakit semasa proses discaj dan tanpa disengajakan pesakit telah memakainya semasa singgah makan setelah keluar dari hospital,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau berkata pemakaian tag merah jambu adalah amalan biasa bagi mana-mana pesakit wanita yang dimasukkan ke wad.

Beliau dalam kenyataan tersebut turut memohon maaf kepada masyarakat dan pemilik restoran di atas kekeliruan yang berlaku.

“Sehubungan dengan itu, pihak kami memohon maaf atas kekeliruan yang berlaku yang menyebabkan kerisauan di pihak masyarakat. Kami juga memohon maaf kepada pemilik restoran akibat dari peristiwa tersebut.

“Kami menyanjung tinggi keperihatinan dan respon pantas masyarakat mengesan kehadiran pesakit dengan tag merah jambu yang berada di kawasan awam,” katanya.

Beliau turut memohon orang ramai supaya sentiasa berhati-hati dan tidak menularkan sebarang berita tidak sahih bagi mengelakkan berlakunya kekeliruan dan keadaan panik dalam kalangan masyarakat. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
Please follow and like us:
error
error: