Menteri Besar Pahang, YAB Dato' Sri Wan Rosdy Wan Ismail menyerahkan kunci 'Villa 10' yang kini menjadi rumah Majlis Pembangunan Wanita Pahang (MPWP) kepada Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Perpaduan, Kebajikan Masyarakat dan Pembangunan Wanita Negeri Pahang, YB. Dato' Sri Hajah Shahaniza Shamsuddin pada majlis penyerahan kunci rumah kepada Majlis Pembangunan Wanita Pahang (MPWP) sempena Sambutan Hari Wanita Negeri Pahang di Hotel AC Marriot, Kuantan, hari ini.

‘VILLA 10’ TEMPAT WANITA BERGANTUNG HARAP

Oleh: Fairus Mohd
Foto: Putera Falliq Hakim Suhairi

KUANTAN, 4 SEPTEMBER 2020: Satu unit lot rumah berkembar dua setengah tingkat atau dikenali sebagai ‘Villa 10’ di Bukit Pelindung akan menjadi Pusat Krisis Wanita (Women Crisis Centre).

Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, penyerahan rumah milik asal Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP) ini merupakan satu pengiktirafan Kerajaan Negeri kepada golongan wanita di negeri ini.

“Saya difahamkan ‘Villa 10’ ini akan dijadikan ‘Women Crisis Centre’ iaitu pusat tumpuan untuk membantu dan memperkasakan wanita di Negeri Pahang.

Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail menyampaikan hadiah kepada YH. Dato’ Hajah Halimah Haji Hamzah tokoh wanita Majlis Pembangunan Wanita Pahang (MPWP) pada majlis penyerahan kunci rumah kepada Majlis Pembangunan Wanita Pahang (MPWP) sempena Sambutan Hari Wanita Negeri Pahang di Hotel AC Marriot, Kuantan hari ini.

“Saya berharap pemberian ini menjadi pemangkin agar MPWP terus bergiat aktif dalam pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat sekaligus memastikan fungsi ‘Villa 10’ ini tercapai,” katanya pada majlis penyerahan kunci rumah kepada Majlis Pembangunan Wanita Pahang (MPWP) sempena Sambutan Hari Wanita Negeri Pahang di Hotel AC Marriot, di sini.

Kunci berkenaan diterima Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Hajah Shahaniza Shamsuddin.

Turut sama, isteri Menteri Besar Pahang, Datin Seri Burhah Mohamed, YB Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato ‘ Sri Dr Salehuddin Ishak serta barisan Exco Kerajaan Negeri Pahang.

Timbalan Yang Di Pertua Dewan YB. Dato’ Sri Haji Mohamed Bin Haji Jaafar bersama barisan exco negeri Pahang yang turut hadir pada Majlis penyerahan kunci rumah Majlis Pembangunan Wanita Pahang (MPWP) sempena Sambutan Hari Wanita Negeri Pahang di Hotel AC Marriot, Kuantan hari ini.

Dalam pada itu, Dato’ Sri Wan Rosdy juga maklum berkenaan masalah-masalah tersendiri yang dihadapi wanita yang memerlukan campur tangan atau ‘intervention’ Kerajaan Negeri untuk mengatasinya.

“Misalnya, sehingga kini saya difahamkan terdapat kira-kira 22,000 orang ibu tunggal berdaftar di seluruh 11 buah daerah di negeri ini yang memerlukan bantuan Kerajaan Negeri.

” Oleh itulah pada pandangan saya, ‘Villa 10’ yang dijadikan ‘Woman Crisis Centre’ ini boleh turut memainkan peranan untuk berbincang dan menangani seterusnya mengatasi masalah ibu tunggal-ibu tunggal ini,” katanya.

Beliau menambah, antaranya ialah dengan menganjurkan pelbagai kursus dan latihan kemahiran berkaitan keusahawanan oleh pusat ini. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download