Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar dan Perladangan Negeri Pahang, YB. Dato' Sri Haji Mohd Sharkar Haji Shamsuddin (tengah) ketika sidang media pengumuman pemenang bulan Februari Pertandingan Video Pendek Pahang Simply Awesome.

VIDEO BERLATAR PRODUK PELANCONGAN DI TEMERLOH JUARA SULUNG PERTANDINGAN VIDEO PENDEK

Oleh: Muhammad Shahrinnahar Abd. Latib
Foto: Mahathir Ali

KUANTAN, 6 MEI 2020: Video pendek berlatarkan produk pelancongan di daerah Temerloh membawa tuah kepada Encik Aeron Wong Seng Yue selepas dinobatkan sebagai pemenang bulan Februari Pertandingan Video Pendek Pahang Simply Awesome.

Pemenang yang berasal dari Cheras, Selangor itu membawa pulang wang tunai berjumlah RM3,000 dan sijil penyertaan selepas video yang dihasilkan mendapat keseluruhan penonton (viewers) sebanyak 8,114.

Tempat kedua pula milik Encik Muhammad Faizz Pausan Arif dari Jertih, Terengganu yang menghasilkan video berlatarkan kepelbagaian produk pelancongan di daerah Kuantan, Pekan dan Cameron Highlands.

Selain itu tempat ketiga pula dimenangi oleh peserta dari Sungai Lembing di sini, Encik Muhammad Ammirul Harith Nawawi yang menghasilkan video di beberapa kawasan tumpuan pelancongan di daerah Kuantan.

Tempat kedua membawa pulang wang tunai berjumlah RM2,000 manakala tempat ketiga pula RM1,000 berserta sijil penyertaan.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar dan Perladangan Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Haji Mohd Sharkar Haji Shamsuddin berkata, tujuan Kerajaan Negeri Pahang menganjurkan pertandingan video pendek ini adalah bagi mempromosi tempat pelancongan menarik di negeri ini.

“Bagaimanapun pihak Tourism Pahang terpaksa membuat keputusan untuk menangguhkan sementara pertandingan ini sehingga ke satu masa yang dirasakan sesuai berikutan penularan wabak COVID-19.

“Keputusan ini dibuat bagi mengambil kira keadaan semasa yang belum pulih sepenuhnya di samping saranan kerajaan untuk mengekang penularan wabak ini daripada terus merebak,” katanya dalam sidang media pengumuman pemenang sulung pertandingan berkenaan di Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) di sini hari ini.

Turut hadir, Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC) Pahang, YBhg. Dato’ Haji Idros Yahya dan Pengurus Besar Tourism Pahang, Dato’ Ishak Mokhtar. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
Please follow and like us:
error
error: