Menteri Besar Pahang, YAB. Dato' Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail (dua dari kiri) menyampaikan watikah pelantikan kepada Ustaz Mohd. Khalil Mohd. Zari (dua dari kanan) dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP) yang baharu berkuatkuasa semalam.

USTAZ MOHD. KHALIL DILANTIK KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF MAAHAD TAHFIZ NEGERI PAHANG

Oleh: Muhammad Shahrinnahar Abd. Latib
Foto: Foto: Putera Falliq Hakim Suhairi

KUANTAN, 17 NOVEMBER 2020: Bekas Imam 1 Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, Ustaz Mohd. Khalil Mohd. Zari dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP) yang baharu berkuatkuasa semalam.

Beliau menggantikan YH Dato’ Dr. Hj Zulkifle Hj Ali Al-Hafiz yang dilantik menjadi Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP).

Majlis penyerahan watikah pelantikan disempurnakan oleh Menteri Besar Pahang, YAB. Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail dalam satu majlis di Wisma Sri Pahang di sini hari ini.

Ustaz Mohd. Khalil Mohd. Zari (tengah) dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP) yang baharu berkuatkuasa semalam.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad; YB. Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato’ Sri Dr. Sallehuddin Ishak; Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pahang, YH. Dato’ Mahmud Mohd Nawawi dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Pahang, YH. Dato’ Mohd Zakaria Ibrahim.

Sementara itu, Ustaz Mohd. Khalil ketika ditemui Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP) berkata, beliau bersyukur kerana dipilih oleh Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail untuk mengetuai MTNP.

“Saya tidak jangka dan tidak tahu. Saya sudah lama tinggal MTNP iaitu sejak 2008 lagi. Saya keluar untuk bertugas di Masjid Negeri dan tiba-tiba dipanggil semula untuk bertugas di MTNP.

“Terima kasih banyak-banyak kepada Menteri Besar Pahang, YB. Setiausaha Kerajaan Pahang dan semua yang terlibat. Saya akan buat yang terbaik bagi memastikan MTNP terus berkembang dengan lebih baik lagi,” katanya. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

 590 total views

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download