Menteri Besar Pahang, YAB Dato' Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail.

USAHA KERAJAAN PAHANG BANTU RAKYAT MILIKI RUMAH

KUANTAN, 29 SEPTEMBER 2020: Program Rumah Rakyat Pahang (RRP) adalah salah satu usaha Kerajaan Pahang dalam membantu golongan kurang berkemampuan di negeri ini untuk memiliki rumah kediaman sendiri.

Menteri Besar Pahang, YAB. Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata, melalui inisiatif ini, Kerajaan Pahang membina 98 unit RRP dengan membabitkan peruntukan sebanyak RM6.37 juta.

“Pembinaan RRP yang telah bermula pada ketika ini adalah selari dengan usaha Kerajaan Persekutuan untuk memberikan bantuan kepada golongan kurang berkemampuan dan miskin tegar supaya berupaya mendapatkan kediaman mereka sendiri.

“Peserta yang menyertai program ini mestilah disahkan sebagai miskin tegar atau miskin, tidak mempunyai rumah atau sudah usang dan daif selain mestilah memiliki tanah sendiri atau mendapat kelulusan pemilik lain jika berkongsi tanah,” katanya dalam satu dalam satu kenyataan di Facebooknya hari ini.

YAB. Dato’ Sri Haji Wan Rosdy berkata, peserta juga perlu menerima syarat seperti rumah yang telah dibina tidak boleh dijual atau memajakkan rumah tersebut kepada mana-mana pihak lain, bagi memastikan tujuan pelaksanaan program ini tidak diselewengkan oleh golongan yang tidak bertanggungjawab.

“Selain daripada 98 buah rumah yang telah diluluskan, Kerajaan Pahang akan terus berusaha mencari jalan bagi memudahkan pemilikan rumah kepada anak-anak negeri Pahang.

“Sehingga kini Kerajaan Pahang melalui kerjasama dengan Kerajaan Persekutuan, agensi dan pihak swasta telah mewujudkan pelbagai program perumahan untuk rakyat seperti PR1MA Pahang, Projek Rumah Kos Sederhana, Projek Perumahan Rakyat, Projek Perumahan Makmur dan terkini RRP,” katanya.

Beliau berkata, menyediakan fasiliti perumahan mampu milik pada ketika ini bukan suatu perkara yang mudah kerana dengan kadar ekonomi yang tidak menentu yang sudah tentu memberikan impak yang kurang baik kepada sektor perumahan.

“Namun begitu, Kerajaan Pahang akan tetap bertekad dan terus komited bagi mencari jalan penyelesaian agar setiap anak Negeri Pahang Darul Makmur akan berupaya untuk memiliki rumah sendiri di masa akan datang,” katanya.

Kos pembinaan bagi sebuah unit RRP adalah sebanyak RM65,000 dengan peruntukan melalui Tabung Perumahan Rakyat Pahang selain sumbangan kerajaan negeri berjumlah RM10,000 – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download

 115 total views

Please follow and like us:
error