Jenazah mangsa pertama COVID-19 di Pahang selamat dikebumikan tengah hari tadi.

(UPDATE) COVID-19: KEMATIAN PERTAMA DI PAHANG LIBATKAN PESAKIT DIABETES

Oleh: Fansurina Abdullah
Foto: Mahathir Ali

KUANTAN, 4 APRIL 2020: Mangsa pertama yang meninggal dunia akibat dijangkiti COVID-19 di Pahang mempunyai penyakit diabetes sebelum ini.

Pengarah Kesihatan Negeri Pahang, YH. Dato’ Dr. Haji Bahari Dato’ Tok Muda Haji Awang Ngah berkata, mangsa seorang lelaki berusia 61 tahun meninggal dunia antara jam 11 hingga 12 tengah malam tadi di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini.

Menurutnya, mangsa yang bekerja sendiri telah menjalani rawatan sejak 17 hari lalu selepas dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) HTAA kerana keadaan kesihatan yang semakin merosot.

“Selepas disahkan COVID-19, mangsa segera dimasukkan ke ICU untuk menjalani rawatan rapi, selain turut menghidap diabetes,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP), di sini, hari ini.

Mangsa yang merupakan kes ke-62 mempunyai kontak rapat dengan kluster tabligh dan kluster luar negara sebelum membuat saringan COVID-19.

Jenazah telah diuruskan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan selamat dikebumikan tengah hari tadi. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
Please follow and like us:
error
error: