Sebanyak 600 cecair pensanitasi tangan (hand-sanitizer) diserahkan UMP kepada petugas barisan hadapan.

UMP SUMBANG 600 HAND SANITIZER UNTUK BARISAN HADAPAN

KUANTAN, 6 APRIL 2020: Sebagai usaha membantu petugas barisan hadapan menangani penularan wabak COVID-19 ketika ini, Universiti Malaysia Pahang (UMP) menyumbang sebanyak 600 cecair pensanitasi tangan (hand-sanitizer) kepada barisan hadapan.

Produk triUMPH adalah hasil inovasi syarikat kerjasama antara syarikat milik penuh UMP Holding Sdn Bhd, UMP Technology Sdn Bhd dan MNR Multitech Sdn Bhd manakala Germs Free Hand Sanitizer merupakan produk keluaran UMP Renal Care Sdn Bhd yang merupakan syarikat terbitan UMP.

Serahan disampaikan Eksekutif Kanan Pejabat Naib Canselor UMP, Encik Saharudin Ramli kepada YH. Dato Haji Md Yusli Ibrahim Mohd Yunus yang merupakan Setiausaha Sulit Kanan kepada YAB Menteri Besar Pahang di Wisma Sri Pahang di sini hari ini.

Hadir sama Pengurus Besar UMP Technology Sdn Bhd, Encik Muhamad Nizam Abdul Rashid dan Encik Saiful Anwar Izar dari Bahagian Khidmat Pengurusan di Pejabat Menteri Besar Pahang di.

Encik Muhamad Nizam berkata, produk triUMPH adalah diformulasi dari World Health Organization (WHO) dan mengandungi kandungan alkohol 70 peratus serta sangat efektif untuk membunuh virus.

“Sumbangan ini selaras dengan semangat UMP untuk menyumbang kepakaran dan hasil fasiliti buat komuniti sekeliling,” katanya.

Bagi Encik Saharudin, sumbangan ini merupakan salah satu inisiatif tanggungjawab sosial kepada masyarakat semasa negara berdepan dengan ancaman penularan wabak Covid-19 dengan memberi fokus bantuan terhadap barisan hadapan yang bekerja keras dalam memutuskan rantaian virus ini.

Sementara itu, produk cecair pembasmi kuman yang dinamakan Germs Free Hand Sanitizer pula mengandungi ekstrak daun sireh bagi merencatkan pembiakan kuman dan iIanya turut mengandungi Aloe Vera dan Vitamin E yang sesuai untuk kulit. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
Please follow and like us:
error
error: