Maizatul Akmal Mahat (tengah) bersama kepimpinan UMNO Kuantan.

UMNO KUANTAN BANTU PELAJAR YATIM PIATU CEMERLANG SPM

Oleh: Mahathir Ali

KUANTAN, 9 MAC 2020: Kisah hidup seorang pelajar yatim piatu yang cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2019 mendapat perhatian daripada UMNO Bahagian Kuantan yang tampil menghulurkan bantuan.

Maizatul Akmal Mahat, 18, yang memperoleh 9A itu kini boleh menarik nafas lega apabila kisah hidupnya kini mendapat perhatian daripada UMNO Bahagian Kuantan sejurus selepas mengetahui kisahnya yang tular di media sosial.

Ketua UMNO Bahagian Kuantan, YH. Dato’ Sri Ab Hamid Mohd Nazahar terus bertemunya semalam dan mengumumkan akan memberi perhatian berterusan sehingga remaja itu berjaya kelak serta mampu berdikari sendiri.

Maizatul Akmal Mahat, 18.

Difahamkan UMNO Bahagian Kuantan akan sentiasa memantau perkembangan dan permasalahan Maizatul Akma bagi membantu beliau mencapai impiannya.

Kisah Maizatul Akmal yang tular sebelum ini kerana merangkul anugerah pelajar cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Lumpur walaupun hidup dalam keadaan serba kekurangan.

Remaja ini menempuh ujian yang sangat mencabar termasuk terpaksa mengambil peperiksaan Matematik di hospital kerana tercedera akibat kemalangan.

Malah ibu kandungnya sudah lama meninggal dunia manakala ayahnya yang menderita sakit kemudian meninggal dunia pada Januari lalu. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
Please follow and like us:
error