Menteri Besar Pahang, YAB. Dato' Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail dalam pembentangan Belanjawan 2021 Negeri Pahang memberikan peruntukan sebanyak RM1.5 juta melalui ProgramCakna Suri iaitu ujian mamogram secara percuma kepada 6,000 wanita di seluruh Negeri Pahang pada tahun 2021.

UJIAN MAMOGRAM PERCUMA BUKTI KERAJAAN PAHANG PRIHATIN KESIHATAN WANITA

Oleh: Muhammad Shahrinnahar Abd. Latib

KUANTAN, 27 NOVEMBER 2020: Pemberian peruntukan sebanyak RM1.5 juta bagi pelaksanaan ujian mamogram secara percuma kepada 6,000 wanita di seluruh negeri ini yang diumumkan di dalam Belanjawan 2021 Negeri Pahang membuktikan Kerajaan Pahang sangat prihatin terhadap kebajikan kesihatan wanita.

Timbalan Presiden Persatuan Anak Kelahiran Pahang (PAKP), Puan Jamaliah Ismail, 57, berkata, beliau menyambut baik usaha-usaha yang dilakukan Kerajaan Pahang ini terutamanya dalam menjaga kebajikan kesihatan wanita di negeri ini.

Timbalan Presiden Persatuan Anak Kelahiran Pahang (PAKP), Puan Jamaliah Ismail, 57.

“Ini kerana wanita merupakan tulang belakang kepada pembangunan keluarga yang sejahtera dan sebab itu kesihatan wanita perlu diberi keutamaan.

“Jumlah peruntukan untuk ujian mamogram agak banyak dan saya harapkan ramai wanita yang akan tampil untuk membuat ujian ini nanti supaya dapat membuat pengesanan awal kanser payudara,” katanya ketika dihubungi Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP) di sini hari ini.

Menteri Besar Pahang, YAB. Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail dalam pembentangan Belanjawan 2021 Negeri Pahang memberikan peruntukan sebanyak RM1.5 juta melalui ProgramCakna Suri iaitu ujian mamogram secara percuma kepada 6,000 wanita di seluruh Negeri Pahang pada tahun 2021.

Kakitangan swasta, Puan Fadheelah Abdul Manaf, 30.

YAB. Dato’ Sri Haji Wan Rosdy berkata, peserta adalah berdasarkan kriteria yang akan ditetapkan bermula awal tahun hadapan di klinik-klinik yang dipilih.

Sementara itu, bagi kakitangan swasta, Puan Fadheelah Abdul Manaf, 30, amat berterima kasih kepada Kerajaan Pahang kerana dengan bantuan ujian mamogram secara percuma ini dapat mengurangkan beban golongan kurang berkemampuan untuk membuat pengesanan awal kanser payudara.

“Ramai di kalangan wanita kini memahami kepentingan menjaga kesihatan terutamanya kanser payudara, tetapi tidak mampu untuk pergi membuat ujian mamogram.

“Jadi apabila Kerajaan Pahang mengumumkan perkara ini sememangnya memberi kelegaan kepada ramai wanita di luar sana terutamanya yang kurang berkemampuan,” katanya.

Usahawan IKS, Puan Zaharah ismail, 58.

Menurut usahawan IKS, Puan Zaharah ismail, 58, beliau berterima kasih kepada Kerajaan Pahang yang sentiasa memahami keperluan rakyat terutamanya golongan wanita.

“Saya harapkan selepas ini lebih banyak bantuan seperti ini terutamanya untuk golongan wanita dapat diberikan lagi,” katanya.

Pekerja swasta, Norawazni Yusof, 37.

Pekerja swasta, Norawazni Yusof, 37, pemberian berkenaan menjadi penghargaan kepada wanita di negeri ini yang turut sama menyumbang kepada pembangunan Negeri Pahang.

“Alhamdulillah, saya harapkan ramai wanita yang akan tampil untuk membuat ujian ini nanti,” katanya. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram
ARTIKEL POPULAR

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download