UCYP PERKENAL KURSUS REKAAN FESYEN

Oleh: Fairus Mohd
Foto: Mahathir Ali

KUANTAN, 30 JANUARI 2020: Kolej Universiti Yayasan Pahang (UCYP) bakal memulakan kursus baharu iaitu Diploma Rekaan Fesyen pada pengambilan pertama bulan Jun nanti.

Naib Canselornya, YH. Profesor Emeritus Dato’ Dr. Ahmad Haji Zainuddin berkata, seramai 25 pelajar bakal diterima masuk mengikut kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (minimum tiga kredit) yang ditetapkan serta minat mereka terhadap bidang rekaan fesyen.

“Kursus ini telah dirangka dengan kerjasama pemain industri di mana kita bekerjasama dengan pereka fesyen terkenal tanah air, Salikin Sidek yang dilantik sebagai penasihat kursus berkenaan.

“Usaha ini akan mendapat sentuhan daripada tenaga pengajar yang berkelayakan, berpengetahuan luas, berpengalaman serta mampu mencungkil bakat dan kemampuan pelajar ke satu peringkat yang lebih tinggi,” katanya ketika ditemui selepas perasmian Majlis UCYP Hi–Tea Fashion Show 2020 Busana Pengantin – ‘Dari Mata Turun Ke Hati’ di Aqua Crystal Hall, kampus utama UCYP di Tanjung Lumpur, dekat sini.

Majlis berkenaan dirasmikan oleh Pengerusi Persatuan Amal Isteri Wakil Rakyat Pahang (Teratai), YBhg. Datin Sri Dato’ Burhah Mohammed.

Sementara itu beliau berkata, tumpuan rekaan dalam kursus itu nanti adalah kepada kesederhanaan yang amat bersesuaian dengan kehidupan masyarakat khususnya di kawasan Pantai Timur.

“Pada pendapat saya, fesyen yang mempunyai nilai kebaratan mudah kita temui di mana sahaja, jadi kita mahu mereka memberi pendekatan terhadap fesyen yang lebih modest, sederhana dan memberi impak yang kuat kepada budaya dan warisan bangsa.

“Bidang rekaan fesyen ini adalah satu cabang Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional ( TVET) yang industrinya berkembang dan mampu memberi pulangan tinggi kepada pelajar yang berkeinginan untuk berdikari,” katanya.

Katanya lagi, pelajar juga dididik dengan kemampuan mereka menjadi usahawan sekaligus mencipta peluang pekerjaan kepada orang lain pula dan tidak hanya bergantung kepada kebiasaan ‘makan gaji’.

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
Please follow and like us:
error
error: