Menteri Besar Pahang, YAB Dato' Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail, Exco dan pegawai Kerajaan Pahang bersama delegasi daripada Persatuan Bulan Sabit Merah UAE yang mewakili kerajaan negara itu dalam satu majlis meraikan kunjungan mereka ke negeri ini bagi membantu mangsa banjir di Hotel Zenith, Kuantan malam tadi.

UAE SEDIAKAN BANTUAN BANJIR UNTUK 7,000 KELUARGA DI PAHANG

Oleh : Fansurina Abdullah
Foto : Muhammad Muslimi Abd Rahim

KUANTAN, 12 JANUARI 2021 : Emiriah Arab Besatu (UAE) menerusi Persatuan Bulan Sabit Merah UAE menyediakan bantuan banjir kepada 7,000 keluarga mangsa di seluruh negeri Pahang.

Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata, Kerajaan Pahang sangat mengalu-alukan bantuan daripada negara itu terutama di dalam usaha membantu kesemua banjir di negeri ini dengan jumlah puluhan ribu mangsa.

“Bantuan seumpama ini bukanlah dilakukan buat pertama kali malah kita sangat mengalu-alukan bantuan yang ingin diberikan bagi meringankan beban mangsa kerana ini merupakan situasi yang sangat menyayat hati dengan mengalami banyak kerugian.

Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail berbual bersama Ketua Delegasi dari UAE En Mohammad Aljunaibi pada majlis meraikan kunjungan mereka yang membantu mangsa banjir di negeri ini di Hotel Zenith, Kuantan malam tadi.

“Jadi dengan kehadiran enam wakil UAE ini membawa bantuan adalah sangat dihargai dan terima kasih serta saya berharap hubungan baik di antara Kerajaan Pahang dengan UAE akan berterusan dari semasa ke semasa,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas meraikan kunjungan Persatuan Bulan Sabit Merah Emiriah Arab Bersatu (UAE) di Hotel Zenith, di sini, malam tadi.

Hadir sama ialah Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang, YB Dato’ Sri Hajah Shahaniza Shamsuddin; Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pelajaran Negeri Pahang, YB Dato’ Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad; YB. Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato’ Sri Dr. Sallehuddin Ishak dan Ketua Polis Pahang, YDH CP Dato’ Sri Abd Jalil Hassan.

Sementara itu, Ketua Delegasi yang juga Pengarah Program Bantuan, En. Mohammad Aljunaibi berkata, pihaknya akan melawat ke lapan daerah yang terlibat banjir di Pahang dengan membawa pelbagai bantuan termasuklah keperluan barangan makanan, tilam dan selimut.

Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail menyampaikan cenderahati kepada Ketua Delegasi dari UAE En Mohammad Aljunaibi sambil disaksikan YB Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato’ Sri Dr Sallehuddin Ishak pada majlis meraikan kunjungan mereka yang membantu mangsa banjir di negeri ini di Hotel Zenith, Kuantan malam tadi.

“Bantuan ini akan diberikan secara berperingkat di mana peringkat awal ini kami akan mengagihkan bantuan makanan, tilam dan selimut kepada 7,000 keluarga yang menjadi mangsa banjir di samping mengenalpasti keperluan lain yang diperlukan mangsa.

“Peringkat bantuan seterusnya akan diberikan mengikut keperluan mangsa banjir yang telah dikenalpasti pada peringkat pertama ini,” katanya.

Sehingga kini, Pahang mencatatkan seramai 16,255 mangsa daripada 4,474 keluarga dan sebanyak 147 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang masih dibuka di lapan daerah. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

 743 total views,  21 views today

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download