Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah berkenan berangkat bercemar duli melawat pembinaan dua Rumah Bantuan Banjir di Kampung Tanjung Pulai, Pekan hari ini.

TUANKU YANG DI-PERTUAN AGONG BERANGKAT LAWAT PEMBINAAN RUMAH BANTUAN BANJIR

Oleh: Muhammad Shahrinnahar Abd Latib
Foto: Mahathir Ali

PEKAN, 12 FEBRUARI 2021: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah berkenan berangkat bercemar duli melawat pembinaan dua Rumah Bantuan Banjir di sini hari ini.

Dua rumah berkenaan adalah hasil kurniaan bantuan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sendiri kepada mangsa yang terjejas teruk dalam kejadian banjir awal bulan lalu.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah berkenan berangkat bercemar duli melawat pembinaan Rumah Bantuan Banjir untuk Encik Mohd Khanafiah Abu Bakar di Kampung Tanjung Pulai, Pekan hari ini.

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong tiba di tapak rumah pertama di Kampung Tanjung Pulai di sini kira-kira jam 4 petang disambut Pegawai Daerah Pekan, YH. Dato’ Zaliza Zulkipli.

Turut berkenan bercemar duli, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Turut berangkat, Yang Amat Mulia Tengku Panglima Raja, Leftenan Kolonel Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah ibni Al- Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah; Yang Amat Mulia Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Yang Amat Mulia Tengku Panglima Muda Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah.

Encik Mohd Khanafiah Abu Bakar, 52, salah seorang penerima Rumah Bantuan Banjir di Pekan.

Dalam lawatan berkenaan, Tuanku Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong turut berkenan mendengar taklimat daripada Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Pahang, Puan Ir. Hafizah Zakaria mengenai pembinaan rumah milik Encik Mohd Khanafiah Abu Bakar, 52, itu.

Rumah setingkat yang dibina dengan kos sebanyak RM100,000 itu dijangka siap dalam tempoh 16 minggu dan akan dibina dengan tiang setinggi 2.4 meter dari aras tanah supaya dapat terhindar daripada banjir.

Sebelum ini rumah milik Encik Mohd Khanafiah di kawasan berdekatan tapak pembinaan rosak teruk akibat arus kuat banjir yang melanda kampung berkenaan awal bulan lalu.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah berkenan berangkat bercemar duli melawat pembinaan Rumah Bantuan Banjir untuk Norhasnah Mat Yunos di Kampung Sungai Ganchong, Acheh di Pekan hari ini.

Tuanku Yang di-Pertuan Agong kemudian berangkat ke tapak rumah kedua iaitu di Kampung Sungai Ganchong, Acheh di sini milik ibu tunggal, Puan Norhasnah Mat Yunos, 60.

Sehubungan itu, Seri Paduka Baginda turut meminta kontraktor yang dilantik supaya menyiapkan rumah berkenaan mengikut masa dan spesifikasi yang ditetapkan. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download