TINGGAL LAPAN HARI ISI BANCI GUNA E-CENSUS

KUANTAN, 22 SEPTEMBER 2020: Penduduk di negeri ini diminta untuk menggunakan baki tempoh lapan hari terakhir bulan ini untuk melengkapkan segera Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 (Banci 2020) secara dalam talian (e-Census) yang bakal tamat pada 30 September.

Pengarah Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Pahang, Puan Yusnita Mohd Yusof berkata, sehingga semalam, sebanyak 12,992 kediaman di negeri ini sudah selesai mengisi e-Census.

“Kita ada baki lapan hari lagi, justeru saya harap penduduk di negeri ini menggunakan platform e-Census bagi melaksanakan banci kali ini berikutan pandemik COVID-19,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Pengarah Perangkaan Negeri Pahang, Puan Yusnita Mohd Yusof

Beliau berkata, pihaknya sudah menghantar poskad MyCensus 2020 yang mengandungi nombor ID bagi membolehkan isi rumah mendaftar masuk melalui sistem e-Census bagi melengkapkan borang bancian.

“Isi rumah yang tidak menerima poskad boleh membuat pra pendaftaran secara atas talian untuk mendapatkan maklumat bagi mengakses sistem berkenaan.

“Maklumat asas seperti nama, email, dan alamat lengkap diperlukan semasa membuat pendaftaran ini. Bagi permohonan yang berjaya, mereka akan dibekalkan dengan ID melalui SMS atau email yang didaftarkan,” katanya.

Bermula 7 Oktober hingga 24 Oktober ini, bancian akan dijalankan secara bersemuka dengan pegawai banci yang datang ke rumah.

Fasa pertama Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 ketika ini dijalankan secara dalam talian. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
Please follow and like us:
error
error: