TINDAKAN TUTUP 757 PREMIS PERNIAGAAN GAGAL PERBAHARUI LESEN – MPK

Oleh: Ain Nadhirah Basha

KUANTAN: Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) akan mengambil tindakan tegas dengan menutup 757 premis perniagaan yang gagal memperbaharui lesen perniagaan mereka menjelang tahun depan.

MPK dalam satu kenyataan media berkata, kesemua premis tersebut bakal dikenakan tindakan tutup apabila tindakan penguatkuasaan dilaksanakan bermula 1 Januari ini.

Menurut kenyataan tersebut lagi, pembaharuan lesen premis perniagaan serta iklan dan penjaja bagi tahun 2020 telah dibuka mulai 1 Disember 2019.

“Seramai 757 pelesen telah mengambil invois lesen dengan jumlah bayaran sebanyak RM1.29 juta namun tidak membuat pembayaran sehingga kini.

“Sekiranya pemilik premis perniagaan tidak memperbaharui lesen mereka selewat-lewatnya 1 Februari 2020, bayaran denda lewat akan dikenakan mengikut UUK Bayaran Denda (Lesen) MPK 1985,” kata kenyataan itu hari ini.

Kata kenyataan itu lagi, bagi lesen yang tidak diperbaharui serta merta bagi tahun semasa pula, lesen mereka akan dibatalkan tanpa sebarang notis serta perlupusan deposit akan dilakukan.

“Pihak MPK turut meminta semua pelesen dapat menjelaskan bayaran tunggakan cukai taksiran premis perniagaan mereka terlebih dahulu sebelum memperbaharui lesen bagi tahun 2020.

“Untuk sebarang pertanyaan berkaitan, orang ramai boleh menghubungi Jabatan Pembangunan Perniagaan dan Perlesenan MPK di talian 09-5121555/666,” kata kenyataan itu.

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
Please follow and like us:
error
error: