YAB. Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail

TINDAKAN TEGAS KE ATAS PEMANDU MABUK

Oleh: Muhammad Shahrinnahar Abd. Latib

KUANTAN, 20 FEBRUARI 2020: Peningkatan kejadian kemalangan maut yang disebabkan oleh pemandu mabuk sewajarnya diatasi dengan kadar segera termasuk mengambil tindakan yang lebih tegas ke atas individu yang terlibat.

Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata, disebabkan perbuatan tidak bertanggungjawab mereka, pengguna jalan raya lain yang tidak bersalah sering menjadi korban akibat kecuaian golongan pemandu mabuk ini.

“Disebabkan oleh peningkatan kes kemalangan maut oleh pemandu mabuk pada ketika ini, terdapat keperluan mendesak agar tindakan yang lebih tegas diambil ke atas golongan pemandu mabuk. Tindakan ini perlu bagi menghukum kesalahan mereka dan mencegah daripada kejadian ini terus berlaku.

“Kita perlu sedar bahawa kemalangan yang disebabkan oleh pemandu mabuk atau khayal adalah kejadian yang boleh dielakkan dan merupakan kecuaian yang boleh dijangka.

“Ini jelas apabila mereka yang memandu di bawah pengaruh (driving under influence (DUI)) ini tahu bahawa mereka tidak boleh mengendalikan apa jua kenderaan atau jentera setelah mengambil bahan yang boleh mengkhayalkan,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, semalam.

Beliau berkata, golongan ini tidak boleh dimaafkan dan seharusnya dihukum dengan hukuman yang berat bagi memberikan pengajaran kepada mereka dan amaran kepada masyarakat secara umum.

“Kita berharap agar kajian dan pindaan ini dapat dilaksanakan segera kerana kita tidak mahu lagi melihat pengguna jalan raya yang tidak bersalah menjadi mangsa kerakusan golongan pemandu mabuk ini.

“Dengan kuasa demokrasi, kita perlu pastikan golongan pemandu mabuk ini dihukum dengan hukuman yang berat, setimpal dengan kejahatan yang telah mereka lakukan.

“Sudah tiba masanya, kita wajar berusaha sedaya upaya untuk menjadi lebih selamat di jalan raya dengan meminimakan atau menghapuskan terus kejadian-kejadian kemalangan yang disebabkan oleh pemandu mabuk di negara ini. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on google
Google+

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
Please follow and like us:
error
error: