Mantan Perdana Menteri, YB Dato' Sri Najib Tun Razak menyampaikan sumbangan Parlimen Pekan kepada penduduk.

TINDAKAN MENTERI BESAR PAHANG TANGANI COVID-19 AMAT BERKESAN – YB DATO’ SRI NAJIB

Oleh: Muhammad Shahrinnahar Abd Latib
Foto: Mahathir Ali

PEKAN, 23 OKTOBER 2020: Segala tindakan yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Pahang pimpinan Menteri Besar, YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail dalam menangani pandemik COVID-19 di negeri ini sangat berkesan dan harus dipuji.

Mantan Perdana Menteri, YB Dato’ Sri Najib Tun Razak berkata, malah pelbagai bantuan juga sudah diberikan kepada rakyat oleh Kerajaan Pahang dalam membantu rakyat yang terkesan akibat pandemik ini.

Mantan Perdana Menteri, YB Dato’ Sri Najib Tun Razak (tengah) melihat surat permohonan penduduk selepas menunaikan Solat Jumaat di Masjid Pulau Rusa, Pekan hari ini.

“Tindakan dan bantuan yang dilaksanakan Kerajaan Pahang seharusnya dipuji. Setakat ini kes COVID-19 di Pahang masih lagi rendah namun kita semua haruslah berhati-hati dan menjaga SOP yang ditetapkan bagi memastikan pandemik ini dapat dikekang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap selepas menyampaikan sek sumbangan peruntukkan Ahli Parlimen Pekan berjumlah RM50,000 kepada PIBG dan JKKK dalam Dewan Negeri Bebar di Masjid Kampung Pulau Rusa di sini hari ini.

Turut hadir, Ahli Dewan Negeri Pulau Manis, YB. Dato’ Khairuddin Mahmud dan kepimpinan UMNO Pekan.

Ahli Parlimen Pekan itu juga turut meluangkan masa melihat dan memberi sokongan kepada permohonan penduduk termasuk permohonan membaik pulih sekolah tahfiz.

Sebahagian jemaah yang hadir menunaikan Solat Jumaat.

YB Dato’ Sri Najib dalan pada itu turut mendoakan penduduk di Pahang selamat dari wabak penyakit ini, sehingga ia dapat diatasi sepenuhnya.

“Sama-samalah kita semua mengambil serius saranan ini dengan mematuhi segala SOP serta sentiasa menjaga kesihatan dan kebersihan diri,” katanya.

Sebelum ini Kerajaan Pahang mengumumkan 29 inisiatif bantuan dengan nilai keseluruhan sebanyak RM26.4 juta bagi disalurkan kepada rakyat khususnya yang terkesan teruk dengan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)- PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
Please follow and like us:
error