TINDAKAN KOMPAUN DAN BATAL LESEN PERNIAGAAN JIKA INGKAR PAMER TULISAN JAWI

KUANTAN : Kerajaan Negeri akan mengenakan kompaun sebanyak RM250 atau membatalkan lesen perniagaan premis yang ingkar untuk mempamerkan tulisan jawi di papan tanda premis mereka.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Pahang, YB Abd. Rahim Muda berkata tindakan penguatkuasaan oleh pihak PBT seluruh Pahang akan dikenakan kepada mana-mana premis yang masih ingkar untuk menggunakan tulisan Jawi bermula esok.

“Esok akan bermula kompaun sehingga RM250 kerana kita sudah bagi tempoh setahun dan sekiranya pemilik premis masih lagi ingkar, kita akan batalkan lesen perniagaan mereka.

“Tiada tempoh lanjutan akan diberikan kepada mana-mana premis perniagaan yang ingkar arahan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media bersama Exco Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Pahang di sini hari ini.

Beliau berkata ada beberapa premis yang menggunakan tulisan jawi kecil pada papan tanda perniagaan mereka.

“Ada beberapa premis yang guna tulisan yang agak kecil, dari jauh memang tak nampak, jadi saya sudah minta pihak PBT untuk lihat balik.

“Ini supaya tulisan jawi ini, yang ditulis di papan tanda ini, mudah dilihat dan ia mestilah letak di tempat atas bukan dibawah,” katanya lagi.

Selain itu, beliau berkata terdapat kira-kira 30 peratus premis perniagaan di daerah ini masih belum mempamerkan tulisan jawi di premis mereka setakat hari ini.

“Saya sudah buat pemantauan di Kuantan, hampir 60 peratus atau 70 peratus ada tulisan jawi. Tak ada masalah.

“(Peniaga) tidak perlukan papan iklan yang baharu untuk guna tulisan jawi, sekadar tampal sahaja,” katanya.

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
Please follow and like us:
error
error: