TIMBALAN SETIAUSAHA KERAJAAN PAHANG LAWAT MANGSA BANJIR DI BERA

Foto: Putera Falliq Hakim Suhairi
 
BERA, 12 JANUARI 2021: Timbalan Setiausaha Kerajaan Pahang, YH. Dato’ Mohd Zakaria Ibrahim hari ini melawat mangsa banjir di beberapa pusat pemindahan sementara (PPS) di Daerah Bera.
 
Beliau tiba di Pejabat Daerah dan Tanah Bera di sini kira-kira jam 12 tengah hari sebelum diberi taklimat mengenai perkembangan semasa bencana banjir yang berlalu di daerah ini.
 
YH. Dato’ Mohd Zakaria kemudian dibawa menaiki bot untuk melawat PPS yang terputus hubungan darat berikutan jalan yang menghubungkan kawasan berkenaan dinaiki air.
 
Antara PPS yang dilawati beliau adalah PPS Surau Kampung Puchong Lama, PPS Masjid Jamek Kampung Kuala Bera, PPS Dewan Orang Ramai Kampung Batu Papan, PPS SK Batu Papan dan PPS SK Bukit Gemuruh.
 
Dalam lawatan itu, beliau turut bertanya khabar dan meminta semua mangsa banjir bersabar terhadap musibah yang melanda.
 
Turut hadir, Timbalan Pegawai Kewangan Negeri, YH. Dato’ Zaman Azam Mohamat Sarif@Ahmat, Ketua Unit, Unit Hal Ehwal Orang Asli, Pejabat Menteri Besar, YH. Dato’ Muhammad Olian Abdullah dan Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Bencana dan Operasi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang, Mejar (PA) Mohd Zairosnizam Bin Mohd Tarmizi.
 
Sehingga kini, berdasarkan info bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), daerah Bera mencatatkan seramai 1,636 mangsa daripada 454 keluarga yang dipindahkan ke 16 PPS. – PAHANGMEDIA
Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

 206 total views,  6 views today

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download