Keadaan kenderaan yang terbabit dalam kemalangan sehingga menyebabkan tiga maut di Jalan Kuala Lumpur-Gua Musang, dekat Lurah Bilut, Bentong hari ini

TIGA WANITA MAUT KEMALANGAN DI BENTONG

BENTONG, 21 OGOS 2020 : Tiga wanita maut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Proton Exora yang dinaiki terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Kuala Lumpur-Gua Musang dekat Lurah Bilut di sini hari ini.

Keadaan kenderaan yang terbabit dalam kemalangan sehingga menyebabkan tiga maut di Jalan Kuala Lumpur-Gua Musang, dekat Lurah Bilut, Bentong hari ini

Mangsa yang maut adalah Masitah binti Kassim@Ismail, 54, adiknya, Muslaini, 48, dan Norasmah Ismail, 55.

Keadaan kenderaan yang terbabit dalam kemalangan sehingga menyebabkan tiga maut di Jalan Kuala Lumpur-Gua Musang, dekat Lurah Bilut, Bentong hari ini

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Penolong Kanan Penguasa Bomba Anuar Hassan berkata, pihaknya mendapat maklumat mengenai kejadian itu kira-kira jam 8.28 pagi sebelum sepasukan anggota bergegas ke tempat kejadian.

Pihak Bomba mengeluarkan mangsa yang terlibat kemalangan di Jalan Kuala Lumpur-Gua Musang, dekat Lurah Bilut, Bentong hari ini.
Pihak Bomba mengeluarkan mangsa yang terlibat kemalangan di Jalan Kuala Lumpur-Gua Musang, dekat Lurah Bilut, Bentong hari ini.

“Kejadian kemalangan jalan raya melibatkan sebuah kereta Proton Exora dengan sebuah lori. Seramai tujuh mangsa dari kereta Proton Exora manakala pemandu lori dilaporkan selamat.

“Bomba terpaksa mengeluarkan mangsa dengan menggunakan ‘rescue tools’, mangsa yang meninggal diserahkan kepada pihak polis manakala mangsa yang mengalami kecederaan diserahkan kepada pihak hospital untuk tindakan selanjutnya,” katanya.-PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
Please follow and like us:
error
error: